Monday, January 31, 2011

Perjuangan Dan Asas Fahaman Komunis

Salam untuk semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah..............


Niz Aziz berkata bahawa walaupun PAS tewas di DUN Tenang, sekurang kurangnya mereka melakukan amar makruf nahi mungkar..............


Sebenarnya, UMNO lah melakukan amar makruf nahi mungkar terhadap PAS yang melakukan kemungkaran keatas agama Islam dengan pendapat yang sesat lagi menyesatkan........................


Hujah Pertama:- Nik Aziz menyokong keyataan lee kuan yew supaya mengurangkan pegangan dan amalan Islam semata mata untuk mendapat cita cita singapura mencapai kemajuan. Inilah pendapat dan fahaman komunis diserata dunia supaya agama diasingkan untuk kesamarataan semua rakyat. PAP melahirkan DAP, dan DAP mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari PAS. Logiknya, PAS secara langsung atau tidak langsung menyokong fahaman komunis, maka boleh menyebabkan rosak akidah dan murtad. Na'uzubillah. Bagaimana PKR? Parti ini kita tolak dalam lubang jamban je, parti najis...............


Hujah Dua:- PAS mengeluarkan fatwa bahawa barang siapa tidak memberi undi kepada mereka adalah jahiliah. Soalnya, sistem mengundi demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem yahudi dan nasrani peninggalan British, maka sistem ini adalah sistem jahiliah, maka PAS yang mendokong sistem ini adalah pengamal sistem jahiliah, maka bagaimana ingin menegakkan Islam apabila mengamalkan sistem jahiliah dan apakah hukumnya penyokong PAS yang mendapat rezeki selama ini? Islam hanya boleh tertegak melalui dakwah tanpa mengejar kuasa sepertimana yang UMNO lakukan selama ini berdakwah dan memperkasakan ekonomi orang orang Islam dari berbilang kaum , malahan bukan Islampun  mendapat bahagian masing masing


Hujah Tiga:- Tiada satupun fatwa Niz Aziz yang dikeluarkan kepada perbuatan suami calon PAS, Normala yang menyalahgunakan MC demi kepentingan politik PAS. Apakah menipu itu bukan sesuatu perbuatan munafik? Dayuskah pemimpin PAS sehingga mendiamkan diri setelah terdedah kepincangan ini? 


Hujah Empat:- Semua rakyat sudah tahu bahawa Normala tidak layak menjadi seorang guru lantaran kelulusan yang beliau ada, maka persoalannya, dengan pertolongan UMNO, beliau akhirnya berjaya mendapat kerjaya yang sepatutnya dikecapi oleh orang lain yang lebih layak. Soalannya ialah


a) Apakah hukum rezeki yang beliau nikmati selama ini kerana menggunakan cara yang salah untuk menjadi seorang guru?
b) Apakah beliau bukan seorang kufur kepada rezeki yang Tuhan anugerahkan kerana mengingkari kerajaan BN  yang memberi peluang perkerjaan kepada beliau sedangkan kerajaan BN tidak melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada mereka sekeluarga?
c) Tidak haramkah Normala bebas mengauli masyarakat bukan muhrim semasa berkempen politik, bercampur lelaki dan perempuan? Adakah fatwa mengatakan boleh kerana darurat sedangkan ada ramai calon lelaki dari PAS?


Sikit sikit cukup da........


Hujah Lima:- Mengapa penyokong PAS tanpa rasa segan dan silu meminta pertolongan BN semasa banjir sedangkan PAS menuduh UMNO jahiliah, kafir dan seumpamanya? Bukankah dayus dan tidak bermaruah? Tak ada pulak ada fatwa PAS pula menyatakan haram mendapat pertolongan golongan jahiliah.


Cukup setakat ini dulu.......akan datang akan kemukan hujah hadith dan ulama ulama muktabar

Sunday, January 30, 2011

Kesyukuran BN menang di Tenang

Syukur BN menang bermakna kita mengalahkan PAS yang jauh tersimpang dan secara tidak langsung menolak DAP komunis anti Islam.


Biar banjir sekalipun tidak mengapa kerana kemenangan ini ialah membasuh kemunafikan dan kekufuran PAS yang ada di Tenang. Selepas banjir , Insyallah, bumi lebih suci daripada kehipokritan dan kedayusan PAS kerana membutakan hati dan mata terhadap kedayusan dan kemunafikan serta kefasikan beberapa pemimpin PAS seperti Niz Aziz, Hadi Awang, Salahuddin dan seangkatannya. Bumi lebih suci kerada DAP tidak dapat mencucuk hidung dan punggung PAS lantas tidak dapat memijak kepala PAS demi agenda menghapuskan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini.


Hidup selamanya Islam, Hidup UMNO demi Islam





Friday, January 28, 2011

Jahilliyyah dan Hipokrit Nik Aziz

Salam kepada semua saudara yang mengucap dua kalimah syahadah

Terlebih dahulu , saya ucapkan selamat berjuang kepada penyokong UMNO demi Agama dan Bangsa

Jahiliyyah pada kata dasarnya adalah daripada perkataan jahil, bodoh, tidak berilmu terutama  didalam pengetahuan Islam. Ianya diberi kepada kaum Quraish yang pada ketika itu menentang Nabi SAW pada permulaan Islam. Mereka memang jahil dengan Islam namun pada kebangkitan Islam perkataan jahiliyyah tidak lagi digunakan dan sebagai penganti ialah kaum kafirin (meliputi kaum Quraish, Arab dan sekitarnya)


Maka apabila Nik Aziz menggelar pada mereka yang tidak menyokong atau memberi undi kaum jahiliyyah, maka beliau sepatutnya tujukan kepada PKR yang memperjuangkan liberal dan pluralism (persamaan agama sesat lagi menyesatkan-lihat hujah mufti Perak Dato Seri Harussani) dan pada DAP kerana anti Islam, sememangnya jahil dengan Islam , sebagai contohnya lihat sahajalah ADUN dan AP DAP lakukan di Masjid masjid, membuktikan mereka sememangnya jahiliyyah atau sengaja provokasi orang Islam kerana kedayusan PAS terutama pemimpin mereka Nik Aziz , Hadi Awang, Harun Din dan yang lain lain.


Apabila menuduh UMNO tidak mahu menegakkan Islam, maka itu adalah suatu fitnah yang jelas kerana terbukti selama UMNO memerintah, Islam berkembang dengan pesat sehingga musuh Islam dan negara negara Islam seluruh dunia mengiktiraf Malaysia dan sudah tentunya melalui perjuangan UMNO dan juga tolenrasi barisan komponen BN yang lain, di samping tidak menekan hak agama lain.
Selalunya , mereka yang Ikhlas memperjuangkan Islam tidak perlu melaung laung menyalak nyalak sepertimana PAS lakukan. UMNO menegakkan Islam secara senyap dan berhati hati supaya tidak tercetus huru hara dan juga bersikap adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. 
UMNO telah banyak melakukan sesuatu yang gagal dilakukan oleh mana mana negara Islam tanpa bermegah dan melaung untuk kebangkitan Islam, cukuplah dengan buat kerja dan merancang sebagaimana telah kita lihat terbukti dan di iktiraf Dunia, malahan sistem kewangan Islam pula telah diguna-pakai oleh Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan semua negara Islam yang lain .
PAS pula sibuk untuk mencari cari keburukan UMNO, memfitnah, mengadu domba, mengumpat UMNO, memberi hujah palsu didalam hukum hukum Islam tetapi didalam pada masa yang sama makan hasil dengan kerajaan BN seperti calon PAS di Tenang, sudahlah masuk Maktab Perguruan dahulupun melalui pertolongan UMNO, inilah dikatakan munafiq dan hipokrit.
Kalau saudara mengikuti ceramah Harun Din contohnya, maka hujah hujah beliau boleh dikenakan batang hidung sendiri. Saya tidak memusuhi beliau, tetapi kesal dengan sikap kepura-puraan orang yang diberi Ilmu, lain sangat apabila mendapat peluang semasa sebelum masuk PAS
Nik Aziz juga perlu mengeluarkan hukum kepada suami Normala yang menipu MC, dan diharap Kementerian Pelajaran mengambil tindakan disiplin kerana menipu
Blog saya tidak berhajat menceritakan keburukan orang, hanya ingin mematahkan hujah hujah PAS yang sesat dan salah lagi putar belit.........
Mana fatwa keatas Anwar dan PKR
Mana fatwa kepada DAP anti Islam


Ingatlah, barang siapa memutuskan tali persaudaraan, mereka itu bukan golongan umat Muhammad


Wassallam

Tuesday, January 25, 2011

Surat Terbuka Untuk Pemimpin PAS

Assamualaikum...........


Apakah susahnya para pemimpin PAS yang mendakwa pejuang Islam amat sukar untuk tarbiah anak buah supaya berakhlaq mulia?
Apakah yang menyebabkan para pemimpin PAS teramat susah untuk mendidik dan mengawal penyokong mereka sehingga tergamak melakukan sesuatu perbuatan keji dan hina terhadap sesama Muslim dari UMNO?
Apakah Tuan sudah dapat jaminan ALLAH bahawa Tuan Tuan beserta semua penyokong PAS sudah pasti masuk syurga setelah mencaci hina, mengadu domba, dayus, memfitnah, ghibah dan membenci UMNO diredhai ALLAH?


Maka sesungguhnya, jika Tuan sudah ada dalil dalilnya dari Quran dan Hadith, maka bentangkan kehadapan kami penyokong UMNO betapa tergamaknya ahli PAS melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ke atas kami?


Maka apakah keistimewaan DAP laknatullah komunis itu menyebabkan kamu menyintai mereka lebih daripada saudara Muslim kamu?


Bukan dari golongan kami sekiranya sesama muslim memutuskan tali silatul rahim...Hadith


Salam

PRK Tenang, Johor-Anak Anak PAS

Salam untuk semua yang mengucap dua kalimah syahadah.
Apabila melihat kesungguhan PAS membawa anak anak mereka ke kancah politik, cukup mengharukan hati saya. Semenjak kecil anak anak ini di didik dengan sikap kebencian dan bukan dengan sifat berkasih sayang sesama Muslim. Tidak salah malah memang hebat sehebat anak anak pejuang Palestin membawa senjata memerangi Yahudi laknatullah, namun pentasnya adalah salah kerana anak anak ini didedahkan dengan sifat kebencian membuta tuli seperti ibubapa mereka, dan wadah perjuangan mereka bukan menentang orang orang kafir, orang zalim dan mereka bukannya rakyat yang teraniaya oleh UMNO/BN. Anak ini di ajar menentang sesama Muslim walhal orang PAS hidup dengan aman dan bukan sedikit yang menjadi Jutawan ( itupun dengan pertolongan kerajaan BN), mereka bebas mendirikan solat, semua bangsa bebas beribadat dengan kepercayaan masing masing, sesiapapun tidak dianiaya melainkan mereka yang secara melampau melanggar peraturan atau boleh menyebabkan negara huru hara. Apabila negara kacau bilau, tempiasnya adalah semua rakyat bukan PAS dan UMNO sahaja.
Perjuangan PAS secara tulus adalah semata mata untuk berkuasa dan mengumpul kekayaan , bukan untuk perjuangan Islam seperti di dakwa mereka. Memanglah ada beberapa kalangan mereka itu Ulama Ulama, sayangnya, mereka memasuki PAS setelah kontrak dan habuan sudah tiada lagi boleh didapati. Setelah kehilangan pangkat dan kedudukan, maka PASlah yang dituju supaya seolah olah mereka ingin memperjuangkan Islam melalui PAS.
Sekiranya jujus dan ikhlas kerana Tuhan semata mata, Islam boleh diperjuangan dimana mana sahaja tanpa pangkat dan kedudukan seperti mana ramai pendakwah bebas diluar sana .
Mari kita lihat sikap orang orang munafiq seperti Sabda Rasullullah; bila berjanji dia mungkari, bila berkata dia berdusta dan bila diberi amanah dia khianati.........riwayat Bukhari Muslim
Wahai PAS, sekiranya kamu benar benar ingin mempertahankan dan memperjuangkan Islam dengan sebenar benar, silalah ke Palestin, Selatan Thai, selatan filipina, Afganistan, Iraq, Algeria dan banyak lagi negara dimana orang Islam dibunuh kejam.......pergilah kalau anda dipihak yang benar lagi gagah berani, pedulikan undang undang antarabangsa atau undang undang manusia, ikutilah suruhan Tuhan sepertimana FirmanNYA didalam Quran dan seruan Nabi kita SAW.....kalau anda PAS perjuangkan Islam, pergi berjuang berperang dengan orang orang kafir, anda pasti dapat Syahid.........seruan ini juga ditujukan kepada Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Din dan semua ulama ulama PAS yang enak duduk dirumah besar masing masing di negara aman damai Malaysia............sekiranya gagal, maka kamu semua memang dayus dan penakut....................

Nota: Apakah agaknya hukum fatwa PAS pada mereka mereka diluar Malaysia yang beragama Islam yang bukan ahli PAS, tidak memangkah undi PAS, bagaimanakah hukum apabila mereka wafat, kafirkah ?  Nik Aziz , Hadi Awang dan Harun Din kena jawab......

Wassallam

Monday, January 24, 2011

Seorang Muslim Sejati tidak akan mendoakan keburukan kepada Muslim yang lain

http://www.youtube.com/watch?v=pvvZ0dPKEFU&feature=player_embedded

Salam untuk semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah..........
Masyaallah, manakah akal PAS sehingga sanggup berbuat sesuatu yang haram dilakukan oleh seseorang yang mendakwa sebagai Muslim, jauh sekali PAS yang mendakwa sebuah Parti Islam?
Ingat Hadith Nabi SAW...Barang siapa yang mendoakan keburukan keatas seorang Muslim yang lain, dia bukan dari golongan Kami..........Bukhari Muslim
Sekiranya semasa ketika itu beriktikad membawa papan tanda doa tersebut bahawa yang didoakan itu kafir (doa tersebut adalah ditujukan kepada orang kafir....Subhanallah) orang UMNO maka, implikasinya ialah jika ahli dan penyokong UMNO itu mengucap Dua Kalimah Syahadah sepertimana ahli dan penyokong PAS, maka doa itu nescaya akan berbalik kepada mereka yang mendoakan. Seperkara lagi harus tahu secara langsung atau tidak langsung doa tersebut ialah dituju kepada kafi Quraish, malangnya sekiranya yang dituju doa itu adalah Muslim, maka secara tidak langsung tuduhan kafir akan terpalit kemuka mereka kembali......
Maka, mereka wajib taubat nasuha dan memohon maaf kepada sesiapa yang tertuduh, jika tidak, maka sia sialah amalan mereka selama ini, apabila di padang Masyar kelak takut takut kita berkumpul bersama kaum kafirin.........minta dijauhkan Tuhan

Selagi seseorang itu mengucap Dua Kalimah syahadah, mendirikan Solat dan meyakini hukum hukum Tuhan, maka jika sekiranya mereka melakukan maksiat , mereka hanyalah seorang fasiq namun tetap sebagai Muslim. Dosa seorang fasiq terampun sekiranya melakukan taubat dan memohon keampunan TUHAN (antara hamba dan TUHAN sahaja), tetapi dosa sesama manusia hanya akan terampun melalui permohonan maaf dari orang tersebut........amat susah dilakukan

Maka, perlulah berhati hati membuat tuduhan, apatah lagi melakukan sesuatu perbuatan secara langsung atau tidak langsung , mengiktikadkan orang lain adalah KAFIR, maka KAFIR itu akan terpalit kemuka sendiri...Hadith Rasullullah

Apakah tidak dayus dan hipokrit mereka berjuang bersama sama musuh orang orang Islam, yakni DAP, sejak zaman berzaman memang anti Melayu dan Islam....apakah hujah Quran dan Hadith, pampangkan kepada kami supaya sekiranya benar berjuang menghapuskan UMNO itu adalah perjuangan Islam yang di redhai TUHAN dan sememangnya adalah perentah TUHAN didalam Quran dan Hadith Nabi SAW, buktikan wahai PAS sekiranya anda dipihak yang benar dan di redhai TUHAN SWT
Kami mohon Harun Din , Ustaz Najamudin (bekas Imam Besar Masjid Negara) serta ulama ulama PAS (konon) keluarlah dari kedayusan dan kemunafikan kamu, berikan kami hujah hujah Quran dan Hadith....dua sumber yang ditinggalkan Nabi SAW......barangkali kami terlepas pandang, maka sekiranya hujah kamu itu benar, maka kami akan bertaubat nasuha................kami akan memperjuangkan Islam sebenar, tetapi melalui UMNO sahaja

Hujah Nik Aziz dan Hadi Awang tidak terpakai kerana kedayusan dan kemunafikan mereka, harus anda ketahui segala pendapat disini adalah diambil dari Harakah

Salam untuk semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Kita jumpa di Padang Masyar kelak......

Pengetahuan Ilmu Agama - Menjawab Komen blog KEMAMPUAN SEORANG YANG DHAIF

Secara ringkasnya, penulis mula belajar ilmu tajwid, feqah Imam Ash syafie, sifat dua puluh, awalluddin dan usuluddin semenjak berumur 6 tahun seperti mana anak anak melayu berugama Islam yang lain. Walaubagaimanapun, bermula umur 12 tahun penulis sudah bermula mempelajari Kitab Sifat 20 secara mendalam sehingga pecahannya dan huraiannya ratusan, tidak sepertimana sifat 20 yang dipelajari umum.

Huraian sifat 20 tersebut hanyasanya boleh dipelajari daripada ulama tasawwuf dan Ahli Sufi/Tarekat. Penulis mengamalkan tarekat Aliyyah (utama) dan Naksabandiyyah (ilmu hakikat dan makrifat). Oleh itu, penulis yakin dengan ilmu penulis untuk membezakan perbuatan syiriq, fahaman sesat lagi menyesatkan yakni terjauh menyimpang dari fahaman Imam Asysyafie (Bab Iktikaq seorang muslim sebagaimana Rasullullah SAW).

Dalam pada masa yang sama penulis juga khatam lima kitab Hadith dengan berguru (ramai) di Bukit Mertajam dan Ipoh, yakni Kitab Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nasie, Imam Tarmizi dan Sunnan Abu Dawud. Penulis juga khatam dengan berguru tafsir (Imam Besar Masjid Ipoh-bekas Pengarah JAIP, Sg Rambai, Padang Lalang dll) Kitah Tafsir Al Azhar, Kitab Imam Ghazali Ihya Ulumiddin, Kitab karangan Imam Nawawi, Imam Ash Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Sirrur Asrar, Kitab Ibnul Qayyim, Imam Habib Abdullah Haddad, Tanbihul Ghafillin dan banyak lagi.(Lihat Profil)

Didalam kontek blog ini, penulis hanya menyatakan kebenaran aqidah muslim yang lurus, iktikad yang benar lagi hakikat  mengenai Zat , Sifat, Asma dan perbuatan ALLAH SWT menurut fahaman Imam Besar Asy syafie terutamanya. Punulis berguru juga dengan guru pondok Tok Kenali Kelantan (bab feqah dan solat) dan bab mengenali diri dengan Al Ustaz Mustapha Muhamad Al Jiasi.

Kesimpulannya, penulis merasakan dengan bekalan Ilmu yang sedikit ini, memadai membezakan fahaman sesat lagi meyesatkan, sifat fasiq, munafiq, dayus dan sebagainya yang diamalkan oleh ramai orang melayu terutama terserlah pada penyokong parti politik. Maka itu, berhati hatilah supaya kita tidak murtad disebabkan lintasan hati, percakapan atau perbuatan, kelak rugi apabila maut menjemput.

Maka sebagai contoh nyata, apabila Nik Aziz menyatakan dengan penuh kesedaran bahawa orang kafir boleh memakai nama ALLAH, maka menurut Imam Imam muktabar di dalam kitab karangan mereka, gugurlah iman. Malah para Muftipun menyatakan perkara yang sama.  Jangan sesekali ALLAH disamakan dengan makhluq...n uzubillah.

Pengalaman penulis bertemu seseorang beberapa tahun yang dahulu (sebelum PKR, PAS dan DAP bergabung), orang itu telah berkata pada wajah Niz Aziz berkabus hitam meliputi seluruh muka beliau tidak dapat dengan jelas. Orang tersebut adalah kasyaf berada di Selangor.

Akhir kata, blog saya akan terus memperkatakan yang benar menurut Al Quran dan Hadith, supaya mudah mudahan membuka hati sesiapa yang membaca dari mana mana golonganpun.


Nota: Pondok di Padang Lalang dibuka oleh moyang penulis, juga di beberapa pondok di Kedah, Perak malah di Indonesia, manakala sebelah bapa penulis adalah berdarah Raja Tua Tanah Melayu sebelum Melaka, sezaman Kedah Tua, Gangga Negara di Perak dan kerajaan Perak Lama.

Bapa saudara penulis di Bukit Mertajam adalah guru pondok bertaraf Wali walaupun dinafikan beliau.

Wallahhu'alam

Saturday, January 22, 2011

PAS-Dimana Akhlaq Sebagai Muslim

Agak menjelekkan apabila melihat tringkah laku ahli PAS dan penyokong PAS di Tenang. Agak dikesalkan kerana mereka langsung tidak menunjukkan akhlaq sebagai seorang Islam, tingkah laku seperti dirasuk iblis lebih hodoh daripada bukan Islam. Apakah yang di sajikan didalam didikan keperibadian oleh pemimpin PAS. Bukan sedikit mereka mempunyai ulama seperti Harun Din contohnya, mengapa Harun Din tidak menegur anak buah supaya menjaga akhlaq seperti sekurang kurangnya seperti adab dan sopan santun orang melayu.

Didalam didikan akhlaq, Nik Aziz boleh ditolak ketepi kerana beliau tidak layak , walhal sifat TUHAN pun mahu disamakan dengan samseng. Harus diingat, sifat TUHAN tidak boleh disamakan dengan makhluq, lagipun, Nik Aziz bukan alim didalam bab akhlaq, awalluddin atau usulluddin, maka tidak hairanlah, beliau mencuba menunjukkan alim, sebaliknya lebih kepada kejahilan didalam bidang ilmu tertentu didalam Islam.

Semakin hairan, mengapakah Hadi Awang membisu mengenai tingkah laku ahli PAS dan penyokongnya. Tidak dayuskah Hadi Awang membiarkan keceluparan mulut dan kelakuan yang amat jijik sebahagian ahli dan penyokong PAS.

Lebih mengaibkan, ada juga dikalangan mereka dengan bangganya membawa bendera komunis DAP, parti cina anti Islam dan melayu. Mengapa sampai begitu sekali rendahnya akal diletakkan, bermusuh sesama Islam namun didalam masa yang sama, menjadi barua DAP.

Percayalah, DAP mustahil akan redha dengan Islam, terbukti di Pulau Pinang, PAS umpama boneka tidak berharga di permainkan DAP. Inikah parti Islam yang akan memperjuangkan Islam dan orang orang melayu. Kita mohon jangan menjadi dayus kepada kebenaran terpampang dihadapan mata kepada seluruh orang Islam di Malaysia, kerana PAS tidak ada surat jaminan dari TUHAN untuk dibuktikan dengan menyatakan pangkah PAS masuk syurga.

Didalam fahaman tasawwuf, barang siapa menganggap bahawa ibadah mereka boleh menjamin syurga adalah syirik kerana hanya RAHMAT TUHAN sahaja menentukan kedudukan kita di syurga. Ingatlah hadith NABI didalam Bukhari dan Muslim, NABI pernah bersabda bahawa nasib Bagindapun ditentukan oleh RAHMAT TUHAN bukan kerana amal ibadah Baginda, apatah lagi kita umat yang semakin jauh dari Baginda.

Justru, Baginda juga bersabda, pada akhir zaman, manusia menjual ugama untuk mendapat habuan dunia.
Hanya kembali kepada Al Quran dan Sunnah sahajalah kita akan selamat dunia dan akhirat, bukan melalui PAS yang ingin berkuasa melalui proses demokrasi yahudi untuk menegakkan Islam....MUSTAHIL


Salam untuk saudara yang mengucap Dua Kalimah Syahadah

NIK AZIZ KUFUR TERHADAP ALLAH TAALA DAN RASULULLAH

.
Nik Aziz sudah menjadi terlalu kufur terhadap Allah Taala dan RasulNya.

Nik Aziz berkata tidak adil Allah Taala jika Dia mengutamakan sesetengah bangsa dari bangsa yang lain, kerana berbangsa kepada satu bangsa itu bukan lah sesuatu yang boleh dipilih-pilih oleh manusia.

Oleh kerana ianya bukan pilihan manusia untuk lahir dalam sesuatu bangsa yang dia sukai atau gemari, maka pada Nik Aziz kesemua bangsa itu adalah sama.

Apa yang keluar dari mulut Nik Aziz ini memiliki sekurang-kurangnya tiga unsur yang amat berbahaya dan sesat lagi menyesatkan kerana jahat sangkanya beliau kepada Allah Taala.



Allah Tidak Adil ...

Nik Aziz cuba mentafsirkan satu perihal yang semata-mata hanya berada didalam ilmu Allah Taala yang hikmahnya pasti tidak akan dapat digarap dengan ilmu kemanusiaan beliau yang cukup sedikit itu.

Mengaitkan sifat adil atau zalimnya Allah Taala dengan peluang memilih untuk menjadi apa oleh makhlukNya atau hakikat kelebihan sesuatu bangsa adalah satu penafsiran yang bathil.

Ini adalah kerana Allah Taala, Yang Maha Adil, berkuasa berbuat mengikut apa yang dikehendakiNya dan tidak ada dari setiap sesuatupun dari perbuatanNya itu melainkan kesemuanya bersifat dengan kedudukannya yang adil seadil-adilnya.

Nik Aziz sendiri pernah berkata bahawa Bangsa Cina memiliki kelebihan dari Bangsa Melayu kerana kehebatan keusahawanan dan ketelitian mereka. Jadi, adakah Nik Aziz berpendirian bahawa Allah Taala tidak adil kerana melebihkan Cina dari Melayu di sudut itu ?

Inilah kebobrokan dan bahayanya bila Nik Aziz merasakan diri yang cetek ilmu, bodoh dan pendek akal itu dapat mengambilalih kesempurnaan ilmu Allah Taala.



Menyokong Pluralisme

Pandangan Nik Aziz ini amat serasi dengan pandangan hidup yang dibawa oleh kaum liberal plural ( pluralisme ) yang menyamakan Islam dengan agama-agama yang lain, yakni; sekalian kafir dan Mukmin itu adalah sama.

Jika ukuran keadilan Allah Taala itu berkait atau melibatkan dengan peluang pemilihan makhlukNya, maka makhluk manusiaNya itu juga telah tidak diberi pilihan untuk lahir di dalam lingkungan keluarga suatu bangsa yang kafir atau bangsa yang beriman.

Apakah dahulu Nik Aziz berpeluang untuk memilih untuk dilahirkan sebagai kafir atau Islam ?

Adakah manusia kafir nanti boleh berkata bahawa Allah tidak adil kerana memilih mereka untuk lahir sebagai kafir sehingga mereka dimasukkan ke dalam neraka kerana kelahiran mereka ?

Atas kesempitan pemikiran sebeginilah lahirnya fahaman pluralisme yang menyamakan kesemua agama kerana kepercayaan mereka bahawa manusia tiada pilihan untuk lahir kafir atau mukmin.



Menidakkan Keadilan Allah Taala

Nik Aziz Nik Mat sebenarnya melanggar Firman Allah Taala dan Sabda junjungan Rasulullah s.a.w. dengan pandangan sedemikian.

Kerana, Allah Taala berkehendak untuk melebihkan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lainnya dalam perihal-perihalnya yang tertentu yang tertakluk didalam kesempurnaan ilmuNya.

Dari sudut itulah dapat kita melihat natijah kepada kesempurnaan keadilan Allah Taala, jika kita mampu menggarapnya. Keadaan fizikal pun sudah berbeda, apa lagi nilai-nilai yang dibudayakan oleh sesuatu bangsa itu.

Cuma, penegasanNya kemudiannya, ialah; bangsa yang paling mulia di antara setiap bangsa yang memiliki kelebihan masing-masing itu yang sepatutnya saling kenal-mengenal adalah bangsa yang paling bertaqwa kepadaNya.

Rasulullah s.a.w. banyak membicarakan kelebihan-kelebihan bangsa-bangsa tertentu seperti Bangsa Rom, Bangsa Yaman, Bangsa Syam, Bangsa Parsi dan sebagainya di dalam riwayat-riwayat yang sohih. Keburukan bangsa-bangsa tertentu juga ada disebutkan.

Jika kesemua bangsa itu sama, masakan Allah Taala berkehendak membedakannya antara satu sama lain dan Rasulullah s.a.w. pula membicarakan kelebihan-kelebihannya dan keburukannya ?

Jadi, tidak adil kah Allah Taala dan Rasulullah s.a.w., jika kita mengikut persangkaan jahat yang dangkal dan sempit pembawaan Nik Aziz ini ?




Sinopsis

Nik Aziz sebenarnya dangkal pemikiran dan tidak mengenali bangsanya sehingga dia gagal mengenal kelebihan bangsanya sendiri berbanding bangsa-bangsa lain.

Bahkan, Nik Aziz suka pula memperkecil-kecilkan bangsanya sendiri yang menunjukkan masalah jangkitan penyakit inferioriti kompleks ( complex inferiority ) yang amat kronik.

Bahkan, dalamwaktu yang sama beliau boleh pula membanggakan bangsa yang lain yang dikira beliau sebagai memiliki kelebihan, sehingga Allah Taala dan RasulNya menjadi tidak adil, semata-mata atas sebab memancing undi.

Ini adalah kemunafiqan dan kekufuran nikmat yang nyata yang dimilik oleh manusia bernama Nik Aziz.