Friday, February 18, 2011

Ulama Muktabar VS Nik Aziz/Pas


Ujub Diri-Perbandingan Dengan Ulama Dunia

Mari kita lihat Hadith Qudsi Riwayat Abus-Syaikh , Firman Tuhan bermaksud:-

Kalaulah tidak kerana berdosa itu adalah lebih baik bagi hambaKU yang mukmin daripada berijub (menyombong diri), niscaya AKU tidak akan membiarkan antara hambaKU yang mukmin dengan dosa

Imam Ghazali didalam Kitab Ihya Ulumiddin member huraian, dosa terbahagi kepada dua yakni dosa besar dan dosa kecil. Dosa besar gugur dengan dikenakan had keatas pelakunya seperti berzina, minum arak, membunuh tanpa haq dan sebagainya, manakala dosa kecil adalah dosa dosa antara hamba dan TUHAN, yang biasanya dengan Rahmat NYA diampunkan apabila seseorang itu bertaubat nasuha, khususnya apabila taubat itu dilakukan antara dua solat wajib

Kata putusnya, walaubagaimanapun semua bentuk dosa seharusnya dijauhkan seberapa kuat yang boleh oleh hambaNYA, namun doda ujub akan diri sendiri adalah sangat sangat ditegah oleh ALLAH SWT. Sekiranya semua dosa dosa kecil dan besar ditimbang, nescaya ianya lebih ringan daripada dosa ujub diri. Sifat sombong hanyalah layak bagi TUHAN sekelian ‘alam, yakni ALLAH SWT yang mencipta segala sesuatu daripada tiada kepada ada, semuanya isi ‘alam adalah hak kepunyaaan NYA dan dibawah KekuasaanNYA, selayaknya lah bagi ALLAH SWT

Salah satu  zahir sifat ujub adalah tidak menerima kebenaran walaupun kebenaran itu adalah benar disisi TUHAN, angkuh dengan Ilmu Agama sehingga menyalahkan-guna Imu yang TUHAN anugerahhan kepada mereka malahan dengan Ilmu itu, memperbodohkan dan menyesatkan orang awam demi kepentingan sendiri.

Hadith Qudsi Riwayat Tammam, berkata Anas Bin Malik r.a., telah bersabda Rasullullah SAW:-

ALLAH berfirman Demi KemuliaanKU dan KebesaranKU dan RahmatKU, tidak sesekali akan KUbiarkan seorangpun yang mengucap Laa-i-la-ha-illallah didalam Neraka.

Perhatikan akan perbuatan PAS dan penyokongnya mendoakan keburukan kepada UMNO dan penyokongnya, apakah doa mereka diterima ALLAH supaya UMNO dan penyokong ditimpa bala sedangkan ALLAH telah bersumpah haq dengan sifat sifatNYA bahawa barangsiapa mengucap kalimah LAILAHAILLALLAH akan mandapat kesejahteraan Dunia dan Akhirat.  Maka orang UMNO dan penyokong jangan ambil hati akan perbuatan PAS dan penyokong kerana itu sebenar perbuatan orang jahil (Jahiliyyah) lagi bodoh-sombong.

Sebuah lagi hadith nabi dari Muaz Bin Jabal, berkata rasullulah bahawa sesiapa mengucap LAILAHAILLALLAH , wajib masuk syurga, namun oleh kerana dosa kita yang banyak, maka kita akan dibersihkan dahulu didalam Api Neraka

Monday, February 14, 2011

Ilmu Tauhid Sunnah Wal Jamaah-Perbandingan dengan PAS


Tauhid –Iktiqad yang putus terhadap mengesakan ZatNya, SifatNya, Asma’Nya dan PerbuatanNya

Wilayah Tauhid terbahagi 3 wilayah yakni, Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ serta sifatNya.
Rububiyah pengertiannya ialah iktiqad yang putus bahawa Allah SWT adalah Rabb bagi segala sesuatu, tidak ada Tuhan selain DIA. Selain DIA yang lain-lain adalah makhluq ciptaanNya. Maka kata putus barang siapa mengiktiraf beriktiqad ada Tuhan didalam fahaman selain Islam adalah syirik dan MURTAD. Kefahamannya, penyokong pluralism dan persamaan agama lain dengan Islam adalah Murtad. Lihad Kitab Al-Misbah.
Dengan maksud yang muktamad ialah Rububiyah ialah mengesekan ALLAH satu-satunya Zat yang patut disembah akan sekelain makhluq dilangit atau dibumi, yang mencipta segala sesuatu daripada tiada kepada ada, menentukan segala takdir dan urusan makhluk, seperti FirmanNya didalam Surah al-A’raf ayat 54.

Uluhiyah pengertiannya ialah Iktiqad yang putus bahawa hanya ALLAH SWT adalah ilahul Haqq, yakni yang patut disembah, tiada Tuhan selain ALLAH. Jika kita lihat Kitab Al-Ma’bud Ya’ni Zat Tariqul Wusyul ilal ‘ilmil Ma’mul, pengertian secara bahasa ialah menerapkan keyakinan dengan rendah diri dan patuh sepenuh kepadaNya. Juga didalam syarah Qasidah Ibnul Qayyim, tauhin uluhiyah ialah prisip ikhlas kepada ALLAH SWT samada batin atau zahir dengan ketentuan hanyasa dituju kepada DIA.

Itu bermakna tauhid kepada ZatNya, SifatNya, Asma’Nya dan PerbuatanNya diatas  sifat sifat kesempurnaanNya. Menurut Ibnu Taimiyyah, Tauhid Uluhiyahlah membezakan Islam dan kafir (Risalah Hasanah Was Sayyi’ah-Ibnu Taimiyyah). Bahkan sesiapa menyamakan Sifat Rabbi dengan manusia boleh jatuh kepada syirik dan murtad, seperti membuat perbandingan sifat manusia yang keji dan samseng kepada Sifat Kesempurnaan ALLAH SWT. Maha Suci TUHAN dari kecacatan, kelemahan dan kekurangan.

Imam Qurtubi didalam syarahnya tentang firman ALLAH SWT didalam Surah Al-Syura ayat 11, ialah mesti diyakini dengan muktamad seseorang Islam bahawa ALLAH Agung NamaNya dalam sifat KeagunganNya, KebesaranNya, KuasaNya, KeindahanNya NamaNya dan Ketinggian SifatNya, dan tidak dapat disamakan dengan sesuatu daripada makhluqNya. Jangan sesekali mencari adanya kesamaan antara KHALIQ dengan makhluqNya dilam hal pengertian mahupun pada hakikat, kerana tidak mengkin ada persamaan antara Pencipta dan yang dicipta. Tafsir Qurtubi, kitab Darul Kutub Mesir, telah berkata Al-Wastiy Rahimamullah, Tidaklah zat makhluq ini seperti ZatNya, tidaklah nama sesuatu itu seperti NamaNya, tidaklah perbuatan makhluq seperti PerbuatanNya dan tidaklah sifat makhluq seperti SifatNya kecuali pada lafaz sahaja. Adanya terdahulu (yakni Tuhan) tidak sama dengan yang Baharu (makhluq). Inilah intipati aqidah Sunnah Wal Jamaah didalm semua Mazhab yang 4.

Secara ringkas Tauhid diatas, cuba kita perbandingkan kata kata Nik Aziz menyamakan Tuhan dengan sifat samseng makhluq, dan juga kenyataan Nik Aziz yang salah terhadap kesempurnaan dan Kesucian Tuhan dari segala    makhluq. Tafsir Fii Zilalil Qur’an, Imam Sayid Qutub, asas utama tauhid ialah mensucikan ALLAH SWT dari segala bentuk kekurangan sebagaimana ALLAH mensifati DiriNya sendiri.

Oleh itu, mengesakan ALLAH dalam SifatNya ialah iktikad secara putus untuk mengakui bahawa ALLAH SWT memerintahkan agar mensucikanNya, DIA bersih dari beristeri, bersekitu, bandingan dan kesamaan, tidak ada syafaat dan bersih berselindung dari kerendahan, ALLAH SWT bersih dan tidak memerlukan tidur, tidak mengantuk, letih, mati, jahil, zalim, lupa, lalai dan semua sifat kekurangan. Maka apabila Nik Aziz berkata ALLAH SWT pun samseng , maka Nik Aziz wajib bertaubat Nasuha dan harus memohon ampun kepada semua umat Islam akan keceluparan mulut mengsifatkan SifatNya dengan makhluq.

Sila lihat Raudatun Nadiyyah, Imam Nu’aim Bin Humad Syaikul Bukhari berkata, Sesiapa menyerupakan ALLAH SWT dengan makhluqNya, maka KAFIRlah dia. Dan sesiapa yang menentang apa-apa yang telah disifatkan ALLAH kepada DiriNya atau menentang Sifat-Sifat TuhanNya yang telah ditentukan oelh RasulNya kepada Nya maka KAFIR lah dia. Tidak ad tasybih (penyamaan) dan tamthil (bandingan) kepada Sifat Sifat ALLAH tersebut.

Begitu Juga didalam Kitab Ittihaful Ka’inat dan Al Raudatun Nadiyyah dan  Al-As’ilah. Mereka semua adalah Ulama Muktabar, Ilmu Islam mereka luas dan mendalam, tidak mungkin ulama ini bersalahan didalam tafsir dan huraian.

Wallahualam


Sunday, February 13, 2011

Dalil hadith-PAS bukan pejuang untuk Islam


Salam kepada semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah

Sabda Rasullulah SAW didalam riwayat Bukhari Muslim;

‘Kebanyakan para syahid umatku adalah orang orang yang mencari nama, dan bertapa banyak terbunuh antara dua barisan, Allah sahaja yang mengetahui dengan niat masing-masing

Seorang pejuang fisabilillah harus berhati-hati menjaga niat dari riya’ yang membinasa dan ujub diri, pejuang fisabilillah kerana keredaan Allah SWT adalah terjauh daripada sifat sifat tersebut dan tidak mengharap nama, pangkat, kekuasaan dan kekayaan dunia.
Nukilan dari kitab Imam Habib Abdullah Haddad, An Nashaaih ad-Diniah wal washaaya yakni Nasihat Agama dan Wasiat Iman

Justru itu, apakah PAS melaung-laung sebagai pejuang Islam boleh di katogeri sebagai sifat pejuang Islam tulen? Tingkah laku mereka lebih kepada mengejar kekuasaan dan seterusnya mengumpul kekayaan dunia seperti terbukti di Kelantan, Selangor mahupun Kedah.

Peristiwa Memali pula pada pendapat saya mereka yang terkorban bukan merupakan para Syahid kerana PAS menentang pemerintahan yang dikuasai oleh orang Islam, manakala pula kerajaan tidak berlaku zalim dan aniaya keatas mereka, malahan semua rakyat bebas mengamalkan fahaman dan agama masing-masing tanpa halangan sedikitpun, walhal mendapat bantuan daripada kerajaan pula. Jadi, menurut akal yang waras, tidak mungkin mereka itu syahid melainkan kematian rakyat biasa yang mendapat hasutan pemimpin PAS. (Lihat Fatwa Kebangsaan Malaysia)

Jihad sebenar ialah melawan hawa nafsu seperti sabda Rasulluah berbunyi;

Kamu kembali dari jihad yang kecil untuk menhadapi jihad yang besar, iaitu jihad terhadap hawa-nafsu

Riwayat BukhariMuslim

Firman Allah SWT didalm hadith Qudsi berbunyi;

Ada setengah hambaKU yang memakai pakaian bulu kambing didepan orang ramai, akan tetapi hati mereka lebih pahit dari jadam, dan lidah mereka pula lebih manis dari madu, mereka mengelirukan orang ramai dengan AGAMA mereka. Apakah denga  AKU mereka cuba bermegah diri, ataupun terhadap AKU mereka memberanikan diri?! Demi diriKU, AKU bersumpah akan AKU turunkan suatu bencana ke atas mereka yang akan menyebabkan orang bijaksana terpinga pinga (Riwayat Ibnu Asakir)

Mari kita lihat scenario PAS lakukan sekarang, bukankah ada persamaan dimana mereka berselindungan jubah dan serban dengan hujah agama konon, walhal mereka memutuskan tali ukhwah, mengumpul kekayaan, menuduh saudara Muslim lain sebagai kafir (na’uzubillah), melakukan fitnah demi meraih undi, bercampul gaul menjadikan musuh Islam DAP sebagai teman dan pemimpin, budi pekerti penyokong yang keji dan biadap terhadap bukan penyokong PAS, pemimpin yang mengeluarkan fatwa sesat dan songsang, maka boleh dikatakan pemimpin PAS tertentu adalah mereka yang memakai pakaian bulu kambing (jubah dan serban) untuk menunjuk alim, sedangkan mereka menghina pakaian sunnah Nabi yang sesuai sahaja untuk mereka yang bertaqwa dan benar alim soleh.

Mari kita lihat lagi satu Firman ALLAH didalam hadith Qudsi riwayat Ibnu Khuzaimah;

AKU telah didustakan oelh HambaKU, padahal tidak sepantasnyalah dia mendustakan AKU

Bandingkan kenyataan sifat ALLAH yang dikatakan samseng ( Masyallah) oleh Nik Aziz, sedangkan ALLAH itu bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim, dan DIA adalah Maha Lemah Lembut (Al Lathif) terhadap hambaNYA tidak kira Muslim atau Kafir. Perhatikan dan huraikan Asmaul Husna yang berjumlah 99, tidak ada satupun menerangkan ALLAH itu samseng. Inilah kejahilan orang yang tidak mempunyai ilmu Usuluddin dan Awaluddin, tetapi berlagak alim didalam Ilmu Islam.

Wallahu’alam dan Wassalam

Friday, February 11, 2011

Kerajaan Selangor-Dua Mesyuarat Exco ?

Salam untuk semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah !


Memang aneh dan ajaib, tidak pernah ada mana mana negeri di dalam Malaysia ada dua mesyuarat berasingan diadakan berasingan ahli exco dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Apabila kejadian ini berlaku, pertama didalam fikiran ramai ialah khalid dan exco memang mempunyai agenda tersembunyi supaya tidak terdedah rancangan mereka kepada rakyat. Apa agenda dan rancangan, terserahlah kepada keadaan untuk didedahkan. Setiausaha Kerajaan Negeri sudah tentu tidak mengetahui apakah rancangan PKR dan DAP untuk negeri Selangor melainkan sudah tentu sesuatu yang jahat dan keji akan dilakukan, sebabnya, sekiranya rancangan baik , sudah tentu khalid dan konco-konco dari DAP akan berbangga memberitahu kepada semua rakyat.


Kerja menyembunyikan sesuatu daripada rakyat adalah sesuatu yang tidak wajar, selain ianya adalah mesyuarat untuk mempergunakan agensi kerajaan untuk kepentingan politik mahupun agihan kekayaan diantara mereka.


Hari ini sahaja didalam hanya kira kira 11 bulan berkuasa pembangkang berkuasa di Perak, terdapat ramai jutawan segera daripada DAP dan PKR dan ianya sudah ada didalam penyiasatan SPRM . 


Pembangkang berpolitik untuk kepentingan sendiri, maka itulah mereka akan mempergunakan segala gala untuk berkuasa semata mata mengumpul kekayaan dan kekuasaan, macamlah boleh hidup 100 tahun lagi.


Lupakah mereka, maut tiba bila bila masa sahaja. Bila sudah bersongkol dengan DAP kafir komunis laknatullah  tu, maka tunggulah bala menimpa keluarga.


Hari ini saya menghantar anak ke Hospital untuk fisiologi, ada seorang pompuan tu membaca harakah serakah, sudah tentu penyokong PAS, tapi tidakkah terfikir didalam fikiran dan sanubarinya bahawa ia sedang menikmati hasil usaha UMNO dan BN selama ini, tetapi didalam masa yang sama menentang orang yang memberi kebaikan mereka sekeluarga. 


Inilah dikatakan hipokrit dan dayus


Salam

Tuesday, February 8, 2011

Blogger Ahmadsaid-komen

Salam untuk saudara Ahmad Said kerana komen anda:-


a) Komen anda terhadap minat saya terhadap muzik Jazz dan Rock, sama seperti manusia yang lain, musik adalah wadah telinga untuk mendamaikan fikiran manusia. Ianya digunakan didalam amalan para sufi (Tharekat tertentu sahaja-seperti di Morocco>Naksabandiyyah) juga ada dikalangan ulama ulama Tabiit Tabiin menggunakan musik untuk berdakwah seperti juga Wali Songo di Indonesia dahulu. Didalam Islam, tidak diharamkan musik keseluruhannya kecuali sehingga melalaikan sehingga lupa kepada TUHAN . Saudara tentu pernah membaca terjemahan Al Quran Ar Rahman, dimana ada firmanNYA , pemduduk Syurga dihiburkan dengan bunyi-bunyian (Musik) memuji dan membesarkan NYA. Semasa saya bersama PAS dahulu, Al Marhum Ustaz Fadhil Noor, Hadi Awang, Harun Din dan lain lainnya juga mendengar musik (Cuba saudara cari ceramah/usrah Harun Din mengenai Musik). Sebenarnya definasi dan huraian Musik amat luas kerana ianya akan membabitkan ilmu-ilmu tradisi Islam, Sains seperti fizik, fizik quantum, teori strings dalam quantum fizik, anatomi manusia dan lain lainnya. Kita boleh berbahas mengenai musik jika saudara sudi bertemu dengan saya. PAS kelantan baru baru ini meluluskan satu kumpulan musik mainstream membuat konsert, sudah tentu Nik Aziz mempunyai perhitungan sendiri kerana musik band tersebut adalah Haram sekiranya menurut Fatwa Hadi Awang.
Untuk pengetahuan saudara, saya lebih berminat musik rock instrumental , dan musik rock itu sendiri mempunyai genre yang banyak , contohnya jazz rock, moderate jazz rock (lagu Jamal Abdillah seperti Kabus diwajah mu), punk rock,alternative rock, clasikal rock, pop rock (genre utama musik Malaysia seperti Papa Rock Ramli Sarip), etnik rock, blues rock dan lain lain.
Saya juga adalah pelajar formal bidang musik, maka serba sedikit teori musik juga saya tahu. Wallahualam


b) Komen kedua menggunakan hujah Alquran dan hadith. Saya bersetuju dengan saudara namun hujah saya mengenai Nik Aziz dan PAS tidak memerlukan hujah Quran dan Hadith kerana kenyataan Nik Aziz dan pemimpin yang lain lebih berbau politik kepentingan parti , seperti sokongan PAS membuta-tuli terhadap semua tindakan DAP laknatullah tidak memerlukan hujah Quran dan Hadith, malahan Harun Din sendiri mengeluarkan kenyataan beliau dimana sesiapa yang menyokong penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan Islam boleh mendatangkan iktikad Syiriq dan Murtad. Syirik adalah sebesar besar dosa yang tidak terampun, dan huraian syirik itupun maha luas, yakni membabitkan perbuatan, percakapan dan lintasan hati. Syirik Qubra dan Syirik Kecil dan Syirik tersembunyi. 
Saya cadangkan semua orang Islam mencari Guru Mursyid (Guru Siddiqin) didalam bidang Tasawwuf dan Sufi untuk mencari huraian Sifat 20 (pecahan sehingga lebih 400 ) untuk mengenal TUHAN RABBUL 'ALAMIN menurut Imam Imam Besar. 
Maka, saya pasti kita tidak akan takut selain DIA, bilamana semua orang mengejar keduniaan, tiba tiba esok lusa kembali ke Sisi TUHAN


Kita sesama Islam wajib bersatu untuk kejayaan dunia-akhirat


Wassalam


Sila ke email saya untuk bertukar pendapat g4umno@gmail.com





Sunday, February 6, 2011

Ulama Malaysia-Ulama Akhirat atau Ulama Dunia

Salam untuk semua Yang Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH


Beberapa hari ini saya mengikuti beberapa surat khabar harian dan tabloid mengenai perkembangan dakwaan beberapa individu dan badan bukan kerajaan supaya Majlis Fatwa Negara mengambil tindakan terhadap Nik Aziz.


Malangnya, tiada apa apa perkembangan lanjut samada di pihak Majlis Fatwa mahupun Persatuan Ulama Malaysia begitu juga komen daripada Ulama bebas, samada boleh diambil tindakan mahupun pandangan Ulama Ulama terhadap tafsiran dan kenyataan salah Nik Aziz.


Sekiranya semua mereka diatas berdiam diri, maka ditakuti rakyat akan berpendapat Nik Aziz di pihak yang benar dan UMNO memang bersalah. Maka ini akan mempengaruhi undi daripada orang orang melayu yang mana kita jangan berharap mendapat sokongan bukan melayu keatas UMNO.


Pendapat saya ialah sikap berdiam diri Majlis Fatwa, Persatuan Ulama dan pandangan Ulama bebas akan boleh menyebabkan masyarakat beranggapan:-


a) Niz Aziz berada dipihak yang benar, maka Majlis Fatwa dan Persatuan Ulama menganggap tidak perlu apa apa tindakan dikenakan keatas Nik Aziz, JUSTRU itu akan memberi kesan yang amat besar terhadap perjuangan UMNO dan rakyat akan beranggapan UMNO dipihak yang salah selama ini


b) Rakyat khususnya orang melayu berasakan Ulama Malaysia adalah Dayus dan pengecut terhadap PAS dan Nik Aziz


c) Rakyat mesti merasakan majoriti Ulama Malaysia adalah penyokong kuat PAS dan perjuangan songsang mereka, maka Ulama Malaysia sekata mempertahankan kenyataan PAS selama ini dan berasa tiada apa apa kesalahan disudut Islam


d) Malaysia mempunyai majoriti Ulama Dunia (sauk) yang mengejar keduniaan dan kekayaan dan nama kemahsyuran semata mata, sekiranya benar, maka malanglah orang Islam di sini


NOTA; SEPANJANG SEJARAH NEGARA SEKIRANYA KITA MASIH INGAT, MALAYSIA MEMPUNYAI RAMAI ULAMA PEJUANG KEBENARAN PADA AWAL TANAH MELAYU SEPERTI TOK KENALI, TUAN TULIS DAN SEBAGAINYA, NAMUN, SEJAK AKHIR AKHIR INI, KEBANYAKAN ULAMA (MALAH DIDALAM PERSATUAN ULAMA) TIDAK LAYAK DIGELAR ULAMA KERANA KECETEKAN ILMU ILMU ISLAM. RAMAI DIANTARA MEREKA ADALAH KELULUSAN MENGIKUT SILIBUS PEPERIKSAAN SEMATA MATA UNTUK MENDAPAT SEGULUNG IJAZAH, TIDAK SEPERTI ULAMA YANG BERASAL DARI PONDOK PONDOK PENGAJIAN TRADISIONAL.


WALLAHU'ALAM