Wednesday, June 15, 2011

Pemikiran Jumud penyokong PAS

Baru baru ini, saya ada berhujah didalam Facebook-Pejuang Pejuang Kebenaran Group, walaupun diberi hujah2 berupa Al Quran, Hadith atau fakta statistik, penyokong2 PAS/PKR ini masih mempunyai fikiran jumud, tidak langsung mahu menerima kebenaran dihadapan mata, malah, kenyataan mudah seperti mengapakah golongan Ulama tertolak di muktamar terbaru, itupun boleh menyebabkan mereka emosional dan mulalah mengeluarkan tuduhan dan fitnah, sedangkan kenyataan seperti ini ada dimama media seperti Akhbar Harian, Blog2 Kerajjan, Penyokong BN dan Pembangkang, malah juga didalam Malaysiakini, Malaysia Insider. 
Hujah2 yang juga digunakan seperti hujah2 Prof Harun Din, Harun Taib, Hadi Awang dan lain2 ulama PAS sendiripun mereka boleh menyatakan itu semua penipuan UMNO dan fitnah, dan minta bukti2nya. Inilah menunjukkan tahap fikiran yang amat lemah, sehinggakan jika seorang penyokong tegar, mereka mestilah mengambil tahu apa yang berlaku didalam parti atau sekurang2nya melihat kembali arkib dan bahan2 sejarah yang boleh didapati di Internet, majalah2 lama, keratan surat khabar lama seperti Utusan yang boleh didapati didalam internet dan sebagainya. 
Maka saya hanya membuat kesimpulan, bahawa mereka2 ini adalah penyokong taklid atau membabi buta tanpa sedikitpun mempunyai ilmu sejarah parti yang mereka sokong, tahap bodoh yang paling tinggi kertana hujah mereka hanyalah apa yang kita boleh dapati dari ceramah2 PAS dan PKR. Sangat ajaib sekali, pemikiran orang yang dikatakan pejuang Islam, hari semalam berjuang demi negara Islam, hari ini negara Kebajikan, esok lusa entah apa pula.
Bukalah fikiran kerana inilah bukti yang sangat nyata dan terang, bahawa PAS bukanlah berjuang demi Islam, tetapi demi keduniaan dan kebencian, PKR dan DAP , tolak ketepi sahaja, kerana mereka adalah golongan liberal, sosialis dan komunis.

No comments:

Post a Comment