Monday, June 20, 2011

Bersih yang kotor

Seluruh negara kecoh dengan isu Demonstrasi BERSIH yang bakal diadakan pada 9 July ini. Seperti biasa, penganjurnya ialah bukan melayu yang mempunyai niat yang tersirat untuk menjatuhkan kekuatan bangsa melayu dan didalam masa yang sama, satu kunci untuk menambahkan lagi perpecahan dikalangan orang Melayu yang sudahpun semakin buruk perpecahannya.

Persoalannya ialah, mengapa dan kenapa golongan ini terlalu beriya iya ingin melakukan demonstrasi ini yang juga bakal diekori orang melayu yang dangkal dan bodoh. Ini adalah strategi serampang banyak mata yang boleh tercapai jika pihak Kerajaan tersilap percaturan dan tindakan samada melalui undang undang sedia ada seperti ISA, Akta Pencegahan, Akta Polis, Akta Hasutan atau mana2 akta sekalipun, jika tergelincir barang seinci, akibatnya adalah amat buruk dan kesannya bukan sahaja kepada Kerajaan UMNO/BN, malahan semua lapisan rakyat termasuk golongan pembangkang sendiri.

Jika tersilap, ianya umpama teori domino, yang mana jika percaturan pembangkang berjaya menumbangkan Kerajaan UMNO/BN melalui cara kotor ini, maka tiada sebab, golongan penyokong UMNO/BN akan melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan yang baru. 

Sebagai timbalan kepada apa yang mereka ingin rancangkan, mengapakah Perkasa melakukan tindakan bersih di Pulau Pinang di hadapan Komtar dan kawasan strategik bisnez komuniti cina Pulau Pinang yang setia menyokong DAP sekian lama.

Boleh juga demonstrasi ini dibuat di negeri Kelantan, Selangor dan Kedah, dimana kawasan kawasan strategik komuniti perniagaan cina menjadi tumpuan, boleh juga dilakukan juga disemua negeri seluruh Malaysia, tetapi di semua tempat perniagaan komuniti cina.

Perkasa mahupun Pemuda UMNO boleh juga melakukannya tindakan seperti BERSIH tetapi niat tujuan yang berlainan di kawasan Majlis Peguam seluruh negara supaya mereka mendapat mesej jelas supaya samada bersifat professional  Peguam atau ingin berpolitik.

Didalam masa yang sama, mana2 individu yang terlibat secara langsung yang bakal mengalami kerugian, boleh mengemukakan saman sivil keatas penganjur menuntut kerugian harta benda, kerugian pendapatan dan lain 2 yang munasabah mengikut peruntukan undang2 sedia ada.

Maka, nasihat kepada semua rakyat Malaysia, jika merasakan SPR dan sistem demokrasi Malaysia tidak adil atau berat sebelah, mengapakah 5 negeri jatuh kepada pembangkang, manakala bukan sedikit pilihanraya kecil dimenangi oleh pembangkang.

Kesimpulan,penganjur mempunyai niat tersirat yang tidak baik, mereka tidak peduli bahawa majoriti rakyat membenci demonstrasi seperti ini kerana menganggu kehidupan dan ketenteraman harian kebanyakan rakyat. Sudah semestinya, golongan peniaga dari pembangkang juga pasti akan membenci jika perkara sedemikian ini berlaku di premises perniagaan mereka.

Maka, apakah salah jika kita melakukan demonstrasi diatas nama kebebasan di tempat2 perniagaan penyokong2 pembangkang?

No comments:

Post a Comment