Sunday, March 20, 2011

DNA , Anwar dan Bencana Di Jepun

Salam kepada semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah...


Saya berpendapat mengapakah anwar amat takut memberikan sample DARAH untuk di analisis DNA beliau, pertamanya ialah berkemungkinan besar beliau memang dipihak yang bersalah dan melakukan perbuatan meliwat, manakala pemimpin pembangkang yang lain jika sememangnya mengetahui kedudukan anwar, maka mereka terutama yang beragama Islam adalah dayus dan hiprokrit. Jika mereka dari kalangan pemimpin PAS, maka amat malang sekali bagi umat Islam Malaysia sebabnya membuktikan PAS bukan parti Islam dan bukan berjuang untuk kepentingan Islam yang Syumul, tetapi PAS adalah seperti parti parti politik yang lain berjuang untuk kekuasaan dan keduniaan.
Menurut rakan karib saya yang masih menyokong PAS, kelakuan beberapa pemimpin PAS amat memalukan serta mengaibkan penyokong PAS tegar dikalangan bawahan. Dahulunya, mereka apabila berhujah dengan penyokong UMNO, amat berani dan menyakinkan, tetapi semenjak akhir akhir ini, lidah keras dan fasih menjadi kelu tidak dapat membalas hatta persoalan mudah daripada pengundi diatas pagar.
Ada satu peristiwa menarik berlaku di Jusco Ipoh, apabila penyokong PAS bertemu dengan seorang bernama TI, soalannya TI kepada beliau adalah jika PAS memperjuangkan Islam yang hak, mengapakah tuduhan tuduhan PAS kepada UMNO tidak membawa 4 saksi yang Adil menurut Syarak kerana PAS mendakwa sistem kehakiman , Polis dan badan kerajaan dibawah penguasaan UMNO........maka wajiblah kita membuktikan dan membawa 4 saksi yang Adil untuk membuktikan kesalahan oleh orang UMNO. Menariknya, beliau menjawab, ini adalah strategi politik untuk menjatuhkan kredibiliti UMNO, maka secara tidak langsung orang awam yang lemah fikiran dan tidak berilmu akan mudah terpengaruh. TI pun menjawab, apakah strategi ini pernah dilakukan Nabi dan Sahabat Baginda? Bukankah memperkatakan sesuatu yang tidak benar tanpa saksi atau bukti ialah berbentuk fitnah? Penyokong PAS itu terdiam dan terus berlalu pergi tanpa sebarang jawapan.....itulah yang saya mushkilkan, apakah jenis manusia yang mendakwa pejuang Islam  tergamak melakukan perbuatan keji tersebut.


Berbalik kepada isu DNA, seperti yang diketahui bahawa DNA sampel daripada sperma tidak sama dengan sampel DNA darah kerana DNA sperma seorang lelaki hanyalah mempunyai setengah kromosom X, manakala sampel DNA daripada darah mempunyai susur galur lengkap DNA XY, bagaimanakah mungkin sampel DNA daripada darah anwar boleh disalahgunakan oleh puak yang didakwa melakukan konspirasi boleh melakukan penipuan? Lagipun, sampel DNA anwar telahpun diujikaji dimakmal Australia dan beberapa negara luar, maka keputusannya adalah tepat dan menepati diantara satu sama lain.....maka mustahil sampel darah anwar boleh dimunipulasi oleh kerajaan, jika tidak akan menyebabkan reputasi kerajaan UMNO/BN merudum dan anwar berpeluang membuktikan sememangnya ada konspirasi menjatuhkan beliau, justru anwar boleh membuat aduan kepada mahkamah antarabangsa mahupun PBB sekalipun, kerana disana ada satu standard yang digunapakai oleh semua negara didunia, tidak mungkin Malaysia boleh munipulasikan keadaan mengikut piawaan antarabangsa.


Maka, setelah anwar gagal memberi kerjasama kepada pihak pendakwa untuk memberi sampel darah, beliau pula melakukan perbuatan kebudak budakan agar, DS PM Najib dan Isteri memberi sampel DNA kes Altantuya......persoalannya, PM dan Isteri bukan pihak yang dituduh dan tiada kes pertuduhan keatas PM sebelumpun menjadi PM, bagaimanakah DNA PM akan digunapakai untuk kes Altantuya? Tidak ada langsung relevannya..........perbuatan anwar adalah seperti budak kecil yang tiada mempunyai akal apabila melakukan kesalahan seperti mencuri akan menyebut dan mengkaitkan kesalahan orang lainpun mencuri .......semata mata untuk melepaskan diri sendiri daripada dihukum dengan mengkaitkan perbuatan mencuri itu juga dilakukan oleh orang lain.........pokoknya, memang orang lain juga mungkin mencuri, yang tertangkap ialah budak itu, justru tidak masuk akal mendakwa budak lain yang mencuri tetapi belum tertangkap?  Lucu sungguh anwar...........orang berkata bila banyak berkata kata apatah lagi menipu, lambat laun akan menjerat leher sendiri...........................................Ulama berkata, orang yang banyak berkata kata akan lebih nampak kebodohan dan kesalahan serta kelemahan.


Berbalik kepada tsunami Jepun, walaupun berasa kasihan tetapi pada hakikatnya saya berpendapat ini adalah balasan Tuhan diatas kezaliman Jepun menindas dan membunuh orang orang Islam melalui kerjasama dengan tentera US dan Barat. Jika kita lihat, hampir kesemua serangan US keatas negara Islam akan disertai oleh Jepun, jika tidak berlaku bencana gempa dan tsunami , saya berpendapat serangan US, Bratain dan Perancis keatas Libya juga pasti disertai Jepun, malangnya, Jepun sudah berkeadaan nazak dengan kerugian dijangka mencecah lebih RM500 billion dari bentuk kemusnahan, gantirugi tuntutan Insuran, kerugian infrastruktur, kerugian pengeluaran ekonomi berkait dengan kelemahan penjanaan elektrik, kos untuk membaik-pulih reaktor nuklear dan kesan buruk radioaktif jangkamasa panjang........tidak mustahil akan mencecah RM1 trillion jika diambil kira semua faktor kemusnahan, pemulihan, kesan import export dan kos gantirugi dan pembelian bahan mentah yang meningkat mendadak.


Masih kah kita ingat, semua negara yang bersongkol dengan US membunuh dan menyerang negara Islam sudahpun mengalami bencana besar dan kerugian yang melebihi bertrillion US...?
Ingatkah kita.........

No comments:

Post a Comment