Riwayat Hidup Ahli PAS-Seorang Kakitangan Kerajaan
Tiba tiba aku tersedar dari tidur, lalu aku mengucap kalimah memuji Tuhan sambil mata aku melihat siling rumah KUARTERS aku, sambil kakiku memijak lantai rumah KUARTERS aku terus ke BILIK AIR membersihkan tubuh badan sambil mengambil AIR wuduk di KEPALA PAIP dan bersedia untuk Solat Subuh diatas SEJADAH DIBILIK TIDUR aku. Sesudah memakai PAKAIAN aku bergegas ke kereta PROTON SAGA lalu menghidupkan ENJIN KERETA lalu memandu di atas JALAN RAYA kearah SEKOLAH KEBANGSAAN sambil memandang pemandangan BANGUNAN BANGUNAN RUMAH DAN KEDAI dengan selesa, Cuma kekadang jalan sesak akibat perbuatan pemandu yang tidak berhemah. Apabila ku lihat kiri kanan, banyak KENDERAAN, RUMAH, KEDAI, BANGUNAN TINGGI, TIANG LAMPU, LANDSKAP, STESEN MINYAK , BANK sambil memandu dengan selesa diatas JALAN RAYA yang dibina KERAJAAN. Apabila sampai keSEKOLAH, aku terus parkir KERETA dibawah BUMBUNG yang dikhaskan untuk ku sebagai GURU BESAR yang bergaji besar yang aku terima setiap bulan daripada GAJI KU yang wajib dibayar tanpa SILAP dari JABATAN PERKHIDMATAN AWAM.
Dengan GAJI aku yang besar termasuk ELAUN ELAUN itulah aku membeli BERAS CAP JATI, PAKAIAN DI SUPERMARKET TESCO JUSCO, MAKANAN MINUMAN DI KEDAI, PETROL, KASUT dan sebagainya bagi keperluan hidup di Malaysia yang AMAN DAN DAMAI. Dengan PAKAIAN yang bergaya, aku memulakan sesi SEKOLAH dengan ucapan ucapan termasuk KETAATAN kepada GURU GURU. Didalam ucapan pagi aku juga menyelitkan dosa sekiranya DERHAKA kepada GURU seperti aku, kerana sebagai GURU, aku memang mengetahui yang TERBAIK untuk murid murid.
Setelah tamat sesi ucapan, akupun masuk ke BILIK PEJABAT AIR-COND aku sambil melihat-lihat FAIL dan aturcara, ahhh…ada KURSUS MOTIVASI GURU BESAR di HOTEL PARK ROYAL, semuanya ditanggung oleh PEJABAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI termasuk tuntutan MILEAGE. Sambil membetulkan TALI LEHER yang dibeli di JUSCO, akupun mendail No TELEFON ke JPN untuk bertanya untuk kepastian KURSUS tersebut. Selang lima minit, tiba tiba TELEFON NOKIA aku berbunyi, panggilan daripada Ustaz Mahfuz, beliau mengatakan ada ceramah PAS di sampaikan oleh Nik Aziz mengenai Kezaliman dan Kekafiran UMNO. Akupun terus bersetuju sambil membayangkan kezaliman dan kejahatan UMNO selama ini, terus perasaan membenci penganiayaan UMNO terhadap rakyat selama ini. Zalim sungguh UMNO, memang patutlah Nik Aziz kafirkan UMNO, kata hatiku.
Kebencian aku tergugat apabila tiba tiba NOKIA aku berbunyi, sambil nafas mendengus, aku menjawab, rupa rupanya panggilan Ibu aku di FELDA BATU PAHAT menyuruh aku balik KAMPONG FELDA BATU PAHAT kerana agak lama tidak menjenguk kedua orang tuaku, mereka adalah peneroka FELDA yang agak Berjaya, daripada rezeki itulah aku dibesarkan dan dihantar belajar ke MAKTAB PERGURUAN ULU KINTA walaupun SPM aku hanyalah pangkat 2, tetapi bernasib baik, ibubapa adalah ahli UMNO, maka aku BERJAYA juga, setelah tamat di MAKTAB, akupun bertugas sebagai GURU BIASA di SEKOLAH KEBANGSAAN ASHBY ROAD IPOH dan seterusnya melanjutkan pengajian di UiTM dengan BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM dan selepas tamat, aku ditawarkan sebagai PENOLONG GURU BESAR sehingga dinaikkan PANGKAT walaupun sebenarnya aku bukan layak sangat, tetapi sekali lagi dengan pertolongan UMNO (Bapa aku orang kuat Tun Mahathir masa itu) aku Berjaya melangkah beberapa senior GURU.
Malamnya aku bergegas ke markas PAS mendengar Nik Aziz memberi ceramah dan nasihat berguna dengan hujah hujah bahawa orang UMNO zalim, penipu, taghut dan aniaya Rakyat MALAYSIA terutama kepada kaum Cina dan India dan sedikitpun tidak membangunkan Islam di Malaysia. Hati aku meletup dan marah dan benci yang amat sangat kepada UMNO, sambil hati aku berdoa supaya ALLAH masukkan penyokong UMNO kedalam neraka , memang layakpun kata hati aku. Setelah selesai, Nik Aziz berdoa dengan mengeluarkan air mata supaya ALLAH hancurkan UMNO seperti tentera Gajah, seperti tentera Quraisy Kafirin di peperangan Badar, semua orang PAS mengaminkan dan bertakbir…….
Setelah selesai, akupun ,memandu pulang KERETA PROTON aku sambil memandang KEDAI KEDAI yang banyak kepunyaan kaum cina yang bersepah sana sini sambil diselitkan KEDAI MAMAK DAN KEDAI KAUM INDIA, sambil hati berkata kayanya orang cina ni…..dengan terkejut aku membrekkan PROTON aku kerana ada kemalangan BMW dan PERODUA dihadapan, AMBULAN DAN POLIS sudah bersedia memberi pertolongan sambil mengawal lalulintas JALAN RAYA dan seterusnya Ambulan terus manghantar mangsa ke HOSPITAL KERAJAAN sebab murah dan berkualiti setaraf Hospital Swasta kepunyaan peniaga cina.
Setelah melalui tempat kemalangan itu, aku terus memandu PROTON kerumah aku, maka terlihat mata aku, KUIL INDIA KIRI DAN KANAN sambil terselitlah satu dua SURAU MASJID, sambil menyumpah KUIL lebih banyak daripada MASJID di SELANGOR ini, ada lebih kurang 20 KUIL banyaknya di sepanjang JALANRAYA sebelum sampai ke KUARTERS aku, akupun berkata dalam hati, apa KERAJAAN buat sehingga tidak terkawal pembinaan KUIL ini, tidak seperti di Kelantan. Bodoh betul UMNO ini….dengus hati aku, sambil memuji-muji pemerintahan PAS Kelantan yang berjaya menaikkan ekonomi dan taraf hidup melayu Kelantan, sambil tidak bersikap zalim terhadap penganut ugama lain sehingga berjaya mendirikan patung budha terbesar di Malaysia. Hebat Nik Aziz, pemerintah contoh, kata hatiku.
Sesampai sahaja aku di KUARTERS, NOKIA aku berbunyi lagi, sambil marah kerana mata aku keletihan mendengar ceramah Nik Aziz, akupun menjawab, maka dengan rasa tergamam, rupa rupa aku terima panggilan Ibu Saudara, dimana kedua IbuBapa aku telah meninggal dunia semasa pulang dari mendengar ceramah MAULID NABI di MASJID FELDA, kes langgar lari. Akupun terus bergegas mengemas apa yang patut terus memandu pulang ke FELDA BATU PAHAT sambil telefon PENOLONG GURU BESAR akan kejadian ini.
Pada keesokan harinya, orang telah ramai termasuk ahli jawankuasa MASJID FELDA bagi mengurus jenazah. Setelah dimandikan dan TALKIN di Kubur, tiba tiba terdengar suara seorang budak kecil berborak borak mengatakan habislah jenazah ini, mesti masuk neraka kerana mereka ahli UMNO, kalau PAS garenti masuk syurga kata seorang budak lagi. Aku terus marahkan bebudak itu, mengarutlah sebab Mak Bapak pakcik tidak tinggal Solat dan hari hari ke MASJID FELDA berjemaah. Tiba tiba terdengar Pak Imam bersin, akupun menoleh sebentar kearah Pak Imam, namun cepat cepat aku kembali menoleh kearah bebudak itu untuk memberi kata nasihat, namun aku tergamam kerana disebelah aku hanyalah kubur lama dan orang KAMPUNG aku. Akupun bertanya mana bebudak tepi aku tadi, mereka menjawab tiada bebudak disini melainkan semua orang tua kampong sahaja, kalau adapun bebudak, nun dihujung sana bermain main diantara satu sama lain, tetapi bebudak itu berpakaian biasa sedangkan bebudak yang aku marahkan berpakaian jubah putih dan berserban. Perasaan takut mula menghantui hati aku, aku diam sahaja.
Malam itu dengan WANG GAJI aku, kami mengadakan kenduri tahlil arwah, ada juga beberapa orang PAS yang aku kenali datang dengan YAMAHA HONDA mereka, kami bersalaman dan bertanya khabar. Seorang itu kerja sebagai POLIS, si Budin sebagai POSMEN orang KAMPUNG panggil Din Posman, Si Man sebagai GURU juga di SEKOLAH FELDA, kami bersembang lama sambil mengutuk kezaliman dan penganiaan UMNO terhadap semua rakyat Malaysia sambil merokok CAP MUBORROW.
Selepas 3 hari akupun pulang ke SELANGOR ke KUARTERS aku melalui LEBUHRAYA yang luas dan amat selesa, tepi kiri kanan terdapat banyak BANGUNAN PERNIAGAAN majoritinya kaum Cina, amat sedikit kepunyaan orang Melayu, melayu ni malas berniaga , kata hatiku, nak berniaga pinjamlah MARA ke, TEKUN ke, BANK ke, lagipun kan ke ada PERKHIDMATAN BERNIAGA UNTUK ORANG MELAYU seperti MARA boleh menbantu, dengus hatiku, malas bodoh…
Lihat aku, seorang Berjaya bila bersara tiap tiap bulan dapat PENCEN lagi sampai mati, HOSPITAL PERCUMA, oh ya isteri aku adalah seorang JURURAWAT di HOSPITAL KUALA LUMPUR pun ada pencen sampai mati, anak aku ketiga tiga mereka sedang melanjutkan Pelajaran , satu di MAKTAB PERGURUAN ULU KINTA seperti aku, yang lelaki sedang menghabiskan Ijazah KEDOKTORAN di UNIVERSITI MALAYA dengan BIASISWA JPA kerana cemerlang semasa belajar di MCKK, yang bongsu sedang menghabiskan kursus di PULAPOL, minat POLIS bila tamat boleh menjadi ASP kata aku, lagipun ada pencen.
Akupun duduk seorang diri di berenda KUARTERS sambil memikirkan bagaimana membuat strategi untuk PRU 13 untuk menangkan PAS, mungkin aku boleh menggunakan strategi bahawa UMNO dan KERAJAAN langsung tidak mempunyai jasa melainkan menindas dan rasuah, sambil itu, akupun mengira duit untuk membayar PINJAMAN PERIBADI BANK ISLAM yang mengamalkan sistem AL-MUDHARABAH, SISTEM KEWANGAN ISLAM dan membayar TAKAFUL MALAYSIA, sebab aku ada mangambil Takaful Keluarga, maklumlah sebagai tambahan perlindungan.
Pada malam berikutnya, aku bersama jamaah PAS Solat Hajat khas mendoakan kehancuran UMNO dan penyokong seperti kaum kafirin di Makkah pada zaman Nabi, setelah selesai Solat Hajat itu, kami beramai-ramai menadah tangan dengan penuh yakin doa kami pasti dimakbulkan Tuhan. Habis sahaja upacara itu, akupun kesatu sudut surau PAS mendoakan supaya Tuhan merahmati kedua IbuBapaku dan dimasukkan kedalam golongan Solihin. Amin
Tamat
No comments:
Post a Comment