Salam Kepada Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Adalah sangat menghairankan bahawa Nik Aziz hanya menyalahkan perbuatan orang yang menayangkan video sex pemimpin kanan pembangkang tanpa sedikitpun menyalahkan perbuatan zina pelaku tersebut. Amat menghairankan dan menakjubkan bahawa seorang yang mendakwa dirinya Tok Guru dan Ulama mempunyai nilai hati sebegitu rupa menyerupai hati seorang yahudi laknatullah. Bangsa yahudi laknatullah mempunyai sedemikian hati yang buta hanya menitik beratkan kepentingan yahudi tanpa memperdulikan kebenaran dipihak yang lain. Didalam hukum syariat, samada pelaku zina itu perempuan ataupun lelaki, kedua duanya adalah berdosa dan wajib dihukum menurut hudud seratus kali sebatan untuk yang telah berkahwin. Jika sekiranya pelaku zina tersebut ialah anwar, sanggupkah PAS melakukan hudud terhadap penzina ini?
Justru, saya berpendapat Nik Aziz mahupun Hadi Awang adalah dangkal dan lemah sekali membuat penilaian terhadap sesuatu isu kebenaran tanpa melibatkan kepentingan politik semata mata, malahan, beranikah mereka dan PAS mengecam dan mengutuk perlakuan penzina didalam video itu? Mungkin jawapannya ialah mereka pasti akan memdiamkan diri kerana pelaku zina dikalangan ADUN PAS sendiripun mereka berdiamkan diri dan cubaan menutup aib dan kebenaran. Bukankah ini tingkah laku seorang DAYUS lagi fasik kerana menutup kebenaran?
Apakah sikap bermuka muka PAS dan pemimpin diredhai Tuhan kerana mereka mendakwa sebagai pejuang Islam dan berjuang untuk DEMI ISLAM.
Mungkinkah Tuhan akan memberi pertolongan kepada PAS jika begini tingkah laku dan akhlak pemimpin PAS. Sangat pengecutkah mereka sehingga seringkali memdiamkan diri dan juga memberi kenyataan dan jawapan lemah lagi bodoh untuk menutup kelemahan pembangkang.
Jangan korbankan kemuliaan Islam demi untuk mendapat sedikit keuntungan dunia, ingatlah kita semua pasti berhadapan dengan mahkamah Agung di Akhirat berhadapan Maha Hakim Maha Adil dan Maha Tahu, apakah masih boleh kita berdolak dalih di hadapan Tuhan Yang Maha Tinggi.
Manakah suara Harun Din dan Ketua dewan ulama PAS Harun Taib? Mengapakah berdiam diri tanpa suara? Masih lagikah ingin bersongkol dengan seorang pluralism?
No comments:
Post a Comment