Thursday, March 17, 2011

DNA dan anwar

Salam semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah...........


Apakah desakan Rakyat yang terdiri daripada penyokong UMNO/BN dan pembangkang malahan Rakyat Malaysia keseluruhan untuk anwar memberi DNA beliau dianggap menghina  mahkamah? Bagaimanakah perbuatan karpal singh dan anwar sendiri yang enggan memberi kerjasama didalam mahkamah untuk secara sukarela tidak menghina mahkamah keadilan sejagat? Jika kita perhatikan seluruh dunia maju mewajibkan pemberian DNA untuk keadilan kepada mangsa mahupun yang tertuduh. Bukan sedikit kes seperti ini telah membebaskan tertuduh kerana DNA yang tidak sama dengan bahan bukti. Apakah yang menyebabkan anwar begitu takut untuk memberi kerjasama memberi DNA? Ada dua sahaja kemungkinan yakni, anwar memang bersalah justru satu cara teknikal adalah tidak memberi sampel DNA atau pada anggapan anwar kerajaan melakukan konspirasi, tetapi persoalannya ialah bagaimanakah konspirasi ini berlaku sedangkan bahan bukti pada tubuh mangsa adalah kesan air mani yang masih baharu, sekiranya air mani tersebut sudah lama, maka sudah tentu ianya rosak dan tidak boleh diguna-pakai lagi. Mana mungkin konspirasi kerajaan boleh mendapatkan kesan air mani baharu kerana kes anwar yang pertama sudah sebegitu lama........bolehkah kerajaan menyimpan air mani anwar? Jika boleh, ada kakitangan kerajaan yang jujur kerana Allah sudah pasti menentang dan membukan rahsia, tetapi ianya tidak berlaku. Oleh itu, jika anwar percaya konspirasi kerajaan UMNO/BN dan tidak mempercayai sistem mahkamah keadilan Malaysia, maka satu satunya jalan ialah bersumpah muhabalah kerana ianya langsung kepada Allah Yang Maha Mengetahui segala Kebenaran. Malangnya, inipun anwar enggan, maka pada pendapat saya hanya ada dua kemungkinan yakni pertama anwar seorang yang bersalah dan sememangnya melakukan liwat dan keduanya anwar seorang manusia hipokrit lagi khianat kerana langsung tidak mengiktiraf hukum Islam atau Hukum buatan manusia yakni Mahkamah walaupun dia seorang yang dituduh. Maka, sekiranya ada manusia seperti anwar di muka bumi ini, jika melakukan jenayah dan kesalahan, maka apa undang undang yang boleh diguna-pakai untuk keadilan kepada mangsa? Maka itu, mangsa akan dizalimi dan dikhianati bukan sahaja oleh penjenayah malahan kerajaan dan manusia kesemuanya.


Ya Allah Ya Rabbi, Tuhan Sekelian seluruh Alam
Tunjukkan kami kebenaran dengan segera kerana kami khuatir akan terjadi perpecahan dikalangan umat Islam yang sudahpun berpecah belah lantaran perbuatan segelintir manusia yang berkepentingan tanpa mengira kepentingan Islam


Bukankah Engkau membenci kezaliman dan perbuatan khianat?
Maka Demi Kemuliaan Mu dan Kebesaran Mu
Demi Cinta MU kepada Muhammad SAW Nabi yang Ummi
Tunjuklah dengan segera Kekuasaan Mu demi Kebenaran supaya Islam dapat berkembang di Bumi Keramah ini sebagaimana JanjiMu di bumi termaqamnya ramai Wali Wali Mu....................
Gugurkanlah mereka yang mempergunakan AgamaMu hanya untuk habuan Dunia dan Pangkat
Satukanlah hati orang Islam sebagaimana kehendakMu dan NabiMu
Hancur luluhkan musuh musuh orang Islam dimuka bumi ini samada nyata atau tersembunyi


Dengan Berkat Kalimah
Laailahaillalah, Muhammad Rasulullah


Amiiin

No comments:

Post a Comment