Tuesday, February 8, 2011

Blogger Ahmadsaid-komen

Salam untuk saudara Ahmad Said kerana komen anda:-


a) Komen anda terhadap minat saya terhadap muzik Jazz dan Rock, sama seperti manusia yang lain, musik adalah wadah telinga untuk mendamaikan fikiran manusia. Ianya digunakan didalam amalan para sufi (Tharekat tertentu sahaja-seperti di Morocco>Naksabandiyyah) juga ada dikalangan ulama ulama Tabiit Tabiin menggunakan musik untuk berdakwah seperti juga Wali Songo di Indonesia dahulu. Didalam Islam, tidak diharamkan musik keseluruhannya kecuali sehingga melalaikan sehingga lupa kepada TUHAN . Saudara tentu pernah membaca terjemahan Al Quran Ar Rahman, dimana ada firmanNYA , pemduduk Syurga dihiburkan dengan bunyi-bunyian (Musik) memuji dan membesarkan NYA. Semasa saya bersama PAS dahulu, Al Marhum Ustaz Fadhil Noor, Hadi Awang, Harun Din dan lain lainnya juga mendengar musik (Cuba saudara cari ceramah/usrah Harun Din mengenai Musik). Sebenarnya definasi dan huraian Musik amat luas kerana ianya akan membabitkan ilmu-ilmu tradisi Islam, Sains seperti fizik, fizik quantum, teori strings dalam quantum fizik, anatomi manusia dan lain lainnya. Kita boleh berbahas mengenai musik jika saudara sudi bertemu dengan saya. PAS kelantan baru baru ini meluluskan satu kumpulan musik mainstream membuat konsert, sudah tentu Nik Aziz mempunyai perhitungan sendiri kerana musik band tersebut adalah Haram sekiranya menurut Fatwa Hadi Awang.
Untuk pengetahuan saudara, saya lebih berminat musik rock instrumental , dan musik rock itu sendiri mempunyai genre yang banyak , contohnya jazz rock, moderate jazz rock (lagu Jamal Abdillah seperti Kabus diwajah mu), punk rock,alternative rock, clasikal rock, pop rock (genre utama musik Malaysia seperti Papa Rock Ramli Sarip), etnik rock, blues rock dan lain lain.
Saya juga adalah pelajar formal bidang musik, maka serba sedikit teori musik juga saya tahu. Wallahualam


b) Komen kedua menggunakan hujah Alquran dan hadith. Saya bersetuju dengan saudara namun hujah saya mengenai Nik Aziz dan PAS tidak memerlukan hujah Quran dan Hadith kerana kenyataan Nik Aziz dan pemimpin yang lain lebih berbau politik kepentingan parti , seperti sokongan PAS membuta-tuli terhadap semua tindakan DAP laknatullah tidak memerlukan hujah Quran dan Hadith, malahan Harun Din sendiri mengeluarkan kenyataan beliau dimana sesiapa yang menyokong penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan Islam boleh mendatangkan iktikad Syiriq dan Murtad. Syirik adalah sebesar besar dosa yang tidak terampun, dan huraian syirik itupun maha luas, yakni membabitkan perbuatan, percakapan dan lintasan hati. Syirik Qubra dan Syirik Kecil dan Syirik tersembunyi. 
Saya cadangkan semua orang Islam mencari Guru Mursyid (Guru Siddiqin) didalam bidang Tasawwuf dan Sufi untuk mencari huraian Sifat 20 (pecahan sehingga lebih 400 ) untuk mengenal TUHAN RABBUL 'ALAMIN menurut Imam Imam Besar. 
Maka, saya pasti kita tidak akan takut selain DIA, bilamana semua orang mengejar keduniaan, tiba tiba esok lusa kembali ke Sisi TUHAN


Kita sesama Islam wajib bersatu untuk kejayaan dunia-akhirat


Wassalam


Sila ke email saya untuk bertukar pendapat g4umno@gmail.com





1 comment:

  1. Salam,

    Sdra harus faham, jika berhujah dengan puak2 yang taksub politik tidak akan membawa ke mana-mana. Mereka ini berfikiran jumud sedangkan berhujah atau bertukar pandangan perlu berfikiran luas dan berilmu.

    Saya sokong pendirian sdra yang lebih mantap dan berdasarkan ilmu serta rujukan.

    Elakkan diri dari perasaan nak menang ketika berhujah, tetapi sampaiokan hujah dengan asas kebenaran dan ilmu.

    Selamat berjuang.

    ReplyDelete