Sunday, February 6, 2011

Ulama Malaysia-Ulama Akhirat atau Ulama Dunia

Salam untuk semua Yang Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH


Beberapa hari ini saya mengikuti beberapa surat khabar harian dan tabloid mengenai perkembangan dakwaan beberapa individu dan badan bukan kerajaan supaya Majlis Fatwa Negara mengambil tindakan terhadap Nik Aziz.


Malangnya, tiada apa apa perkembangan lanjut samada di pihak Majlis Fatwa mahupun Persatuan Ulama Malaysia begitu juga komen daripada Ulama bebas, samada boleh diambil tindakan mahupun pandangan Ulama Ulama terhadap tafsiran dan kenyataan salah Nik Aziz.


Sekiranya semua mereka diatas berdiam diri, maka ditakuti rakyat akan berpendapat Nik Aziz di pihak yang benar dan UMNO memang bersalah. Maka ini akan mempengaruhi undi daripada orang orang melayu yang mana kita jangan berharap mendapat sokongan bukan melayu keatas UMNO.


Pendapat saya ialah sikap berdiam diri Majlis Fatwa, Persatuan Ulama dan pandangan Ulama bebas akan boleh menyebabkan masyarakat beranggapan:-


a) Niz Aziz berada dipihak yang benar, maka Majlis Fatwa dan Persatuan Ulama menganggap tidak perlu apa apa tindakan dikenakan keatas Nik Aziz, JUSTRU itu akan memberi kesan yang amat besar terhadap perjuangan UMNO dan rakyat akan beranggapan UMNO dipihak yang salah selama ini


b) Rakyat khususnya orang melayu berasakan Ulama Malaysia adalah Dayus dan pengecut terhadap PAS dan Nik Aziz


c) Rakyat mesti merasakan majoriti Ulama Malaysia adalah penyokong kuat PAS dan perjuangan songsang mereka, maka Ulama Malaysia sekata mempertahankan kenyataan PAS selama ini dan berasa tiada apa apa kesalahan disudut Islam


d) Malaysia mempunyai majoriti Ulama Dunia (sauk) yang mengejar keduniaan dan kekayaan dan nama kemahsyuran semata mata, sekiranya benar, maka malanglah orang Islam di sini


NOTA; SEPANJANG SEJARAH NEGARA SEKIRANYA KITA MASIH INGAT, MALAYSIA MEMPUNYAI RAMAI ULAMA PEJUANG KEBENARAN PADA AWAL TANAH MELAYU SEPERTI TOK KENALI, TUAN TULIS DAN SEBAGAINYA, NAMUN, SEJAK AKHIR AKHIR INI, KEBANYAKAN ULAMA (MALAH DIDALAM PERSATUAN ULAMA) TIDAK LAYAK DIGELAR ULAMA KERANA KECETEKAN ILMU ILMU ISLAM. RAMAI DIANTARA MEREKA ADALAH KELULUSAN MENGIKUT SILIBUS PEPERIKSAAN SEMATA MATA UNTUK MENDAPAT SEGULUNG IJAZAH, TIDAK SEPERTI ULAMA YANG BERASAL DARI PONDOK PONDOK PENGAJIAN TRADISIONAL.


WALLAHU'ALAM

6 comments:

  1. salam.. mohon link blog kami di dalam blog tuan.. TQ

    ReplyDelete
  2. SALAM..MOHON LINK BLOG KAMI YER..

    MACAM TAK BERAPA JELASLAH,WARNA LATAR DIA KOT ?

    ReplyDelete
  3. salam...

    Apa yang dikatakan oleh Nabi s.a.w 1400 tahun adalah benar dan relevan. Maka apabila Nabi s.a.w bersabda bahawa pada akhir zaman, golongan ulama su' mengatasi ulama tulen, maka ia adalah benar dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali... buktinya ialah apa yang sedang berlaku di negara ini.

    Apabila ulama-ulama sendiri berlindung dalam bayang-bayang persatuan seperti Persatuan Ulama, persatuan sufi dan sebagainya, sedikit sebanyak mereka sebenarnya sudah pun terkeluar daripada jaluran keilmuwan atau lebih tepat lagi, mereka sudah pun mencari kebendaan dengan keilmuwan mereka.

    Seharusnya orang UMNO sendiri yang memperkukuhkan keimanan mereka dengan mendalami ilmu agama dan menangkis setiap tohmahan yang dibuat oleh gerombolan seperti Nik Abdul Aziz. Tidak perlulah bergantung harap kepada golongan yang mendabik dada mereka sebagai ulama, sedangkan mereka sendiri isi tangki kereta dengan minyak dan minyak mereka pula perlu dibeli dengan duit!!!

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,

    ini adalah kali pertama saya mengunjungi blog tuan setelah terlihat link tuan di blog parpukari.

    tapi amat malang bagi saya kerana entri tuan ditulis dengan warna merah dan berlatarbelakang kan warna hitam. Ini amat menyakitkan mata saya kerana terpaksa menenung entri tuan ini.

    Akhirnya saya menjadi malas untuk membaca keseluruhan pendapat tuan ini.

    Diharap jasa baik pihak tuan agar peka dalam penggunaan warna tulisan kerana kadang2 ia menjadi faktor utama pembacaan ramai orang.

    Saya mencadangkan kepada tuan agar mengunakan tulisan putih bagi latarbelakang berwarna hitam.

    mohon maaf sekiranya pandangan saya ini menjengkilkan tuan.

    harap maaf

    ReplyDelete
  5. Salam tuanpunya blog.
    Saya tertarik dan bersetuju dengan pandangan tuan bekaitan isu sikap berdiam diri Majlis Fatwa, Persatuan Ulama dan pandangan Ulama bebas berkaitan dengan kenyataan Nik Aziz mengatakan pengundi Tenang yang memangkah BN adalah Jahiliah. Walaubagaimanapun saya fikir ini adalah pendapat dan pandangan kita berdua atau mungkin ada orang lain yang setuju dengan kita juga, Walaubagaimanapun saya cuba untuk berfikir bagipihak majlis fatwa pula.
    1. Majlis fatwa tidak mahu terlibat dengan provokasi politik murahan kerana berangapan bahawa kenyataan Nik Aziz di Tenang itu bukan Fatwa dan mungkin juga Nik Aziz akan menegaskan bahawa itu bukan fatwa itu hanya kias ibarat. Kerana Majlis fatwa dan Nik Aziz tahu prosedure mengeluarkan fatwa yang perlu bertulis dan di dokumenkan sedangkan hal itu tidak di dokumenkan, jika majlis fatwa terpengaruh dengan provokasi ini mungkin kredibiliti majlis fatwa akan tercalar.
    2.Nik Aziz bukan pemimpin agama, Nik Aziz hanya pemimpin politik yang mencari pengaruh, pemimpin agama tidak mempergunakan Islam untuk kepentingan politiknya. Buktinya nik Aziz sanggup membela kafir mempergunakan ayat suci al-quran walaupun dia tahu bahawa perbuatan itu sebenarnya menghina al-quran.
    3.Ulama dan majlis fatwa tidak dayus tetapi sangat berhikmah dan bijaksana dan tidak mudah melatah.
    4. Siapa sebenarnya yang mengatakan ini fatwa Nik Aziz, mungkin dari mereka yang terlalu taksub dan dari musuh politiknya, adakah majis fatwa dan ulama adalah sebahagian dari dua kumpulan tersebut? samada yang taksub atau musuh politiknya. setahu saya Majlis Fatwa dan ulama tidak akan taksub kepada sesiapa individu dan bukan kalangan ahli politik.

    mohon menjadi ahli pejuang kebenaran di blog tuan.
    www.melayupasirgudang@blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Salam bro.

    Saya setuju dengan Melayu Pasir Gudang.

    Nik Aziz bukan ulamak. Dia adalah ahli politik mcm Kit Siang, Karpal Sink dan Nuar Berahim.

    Cuma bezanya kit siang ngan karpal sink lawyer, Nuar Berahim graduate pengajian Melayu dan nik aziz ustaz.

    Saya setuju supaya ulamak yg mukhlisin supaya tidak mengeluarkan apa2 fatwa mengenai kesesatan nik aziz. Yang penting teruskan agenda berdakwah kpd rakyat secara berterusan melalui sistem pendidikan formal dan tidak formal.

    Melalui khutbah Solat Jumaat serta peranan Jabatan Agama negeri serta daerah dan mesjid surau2 dan imam seluruh negara.

    Oleh kerana nik aziz berpolitik, maka biarlah rakyat yang menghukumnya di pentas politik. pendahwah2 yang tidak berpolitik harus menjalankan tanggungjawab kepada kerajaan ulil amri tanpa berbelah bagi dengan panduan alquran yang sudah sedia jelas tanpa meragukan.

    kalau perlu, keluarkan musang berbulu ayam dalam institusi keagamaan kerajaan kerana sifat2 nmunafik itu jika dibiarkan ibarat menyimpan racun di dalam mulut.

    http://penditakainsingkat.blogspot.com

    ReplyDelete