Tauhid –Iktiqad yang putus terhadap mengesakan ZatNya, SifatNya, Asma’Nya dan PerbuatanNya
Wilayah Tauhid terbahagi 3 wilayah yakni, Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ serta sifatNya.
Rububiyah pengertiannya ialah iktiqad yang putus bahawa Allah SWT adalah Rabb bagi segala sesuatu, tidak ada Tuhan selain DIA. Selain DIA yang lain-lain adalah makhluq ciptaanNya. Maka kata putus barang siapa mengiktiraf beriktiqad ada Tuhan didalam fahaman selain Islam adalah syirik dan MURTAD. Kefahamannya, penyokong pluralism dan persamaan agama lain dengan Islam adalah Murtad. Lihad Kitab Al-Misbah.
Dengan maksud yang muktamad ialah Rububiyah ialah mengesekan ALLAH satu-satunya Zat yang patut disembah akan sekelain makhluq dilangit atau dibumi, yang mencipta segala sesuatu daripada tiada kepada ada, menentukan segala takdir dan urusan makhluk, seperti FirmanNya didalam Surah al-A’raf ayat 54.
Uluhiyah pengertiannya ialah Iktiqad yang putus bahawa hanya ALLAH SWT adalah ilahul Haqq, yakni yang patut disembah, tiada Tuhan selain ALLAH. Jika kita lihat Kitab Al-Ma’bud Ya’ni Zat Tariqul Wusyul ilal ‘ilmil Ma’mul, pengertian secara bahasa ialah menerapkan keyakinan dengan rendah diri dan patuh sepenuh kepadaNya. Juga didalam syarah Qasidah Ibnul Qayyim, tauhin uluhiyah ialah prisip ikhlas kepada ALLAH SWT samada batin atau zahir dengan ketentuan hanyasa dituju kepada DIA.
Itu bermakna tauhid kepada ZatNya, SifatNya, Asma’Nya dan PerbuatanNya diatas sifat sifat kesempurnaanNya. Menurut Ibnu Taimiyyah, Tauhid Uluhiyahlah membezakan Islam dan kafir (Risalah Hasanah Was Sayyi’ah-Ibnu Taimiyyah). Bahkan sesiapa menyamakan Sifat Rabbi dengan manusia boleh jatuh kepada syirik dan murtad, seperti membuat perbandingan sifat manusia yang keji dan samseng kepada Sifat Kesempurnaan ALLAH SWT. Maha Suci TUHAN dari kecacatan, kelemahan dan kekurangan.
Imam Qurtubi didalam syarahnya tentang firman ALLAH SWT didalam Surah Al-Syura ayat 11, ialah mesti diyakini dengan muktamad seseorang Islam bahawa ALLAH Agung NamaNya dalam sifat KeagunganNya, KebesaranNya, KuasaNya, KeindahanNya NamaNya dan Ketinggian SifatNya, dan tidak dapat disamakan dengan sesuatu daripada makhluqNya. Jangan sesekali mencari adanya kesamaan antara KHALIQ dengan makhluqNya dilam hal pengertian mahupun pada hakikat, kerana tidak mengkin ada persamaan antara Pencipta dan yang dicipta. Tafsir Qurtubi, kitab Darul Kutub Mesir, telah berkata Al-Wastiy Rahimamullah, Tidaklah zat makhluq ini seperti ZatNya, tidaklah nama sesuatu itu seperti NamaNya, tidaklah perbuatan makhluq seperti PerbuatanNya dan tidaklah sifat makhluq seperti SifatNya kecuali pada lafaz sahaja. Adanya terdahulu (yakni Tuhan) tidak sama dengan yang Baharu (makhluq). Inilah intipati aqidah Sunnah Wal Jamaah didalm semua Mazhab yang 4.
Secara ringkas Tauhid diatas, cuba kita perbandingkan kata kata Nik Aziz menyamakan Tuhan dengan sifat samseng makhluq, dan juga kenyataan Nik Aziz yang salah terhadap kesempurnaan dan Kesucian Tuhan dari segala makhluq. Tafsir Fii Zilalil Qur’an, Imam Sayid Qutub, asas utama tauhid ialah mensucikan ALLAH SWT dari segala bentuk kekurangan sebagaimana ALLAH mensifati DiriNya sendiri.
Oleh itu, mengesakan ALLAH dalam SifatNya ialah iktikad secara putus untuk mengakui bahawa ALLAH SWT memerintahkan agar mensucikanNya, DIA bersih dari beristeri, bersekitu, bandingan dan kesamaan, tidak ada syafaat dan bersih berselindung dari kerendahan, ALLAH SWT bersih dan tidak memerlukan tidur, tidak mengantuk, letih, mati, jahil, zalim, lupa, lalai dan semua sifat kekurangan. Maka apabila Nik Aziz berkata ALLAH SWT pun samseng , maka Nik Aziz wajib bertaubat Nasuha dan harus memohon ampun kepada semua umat Islam akan keceluparan mulut mengsifatkan SifatNya dengan makhluq.
Sila lihat Raudatun Nadiyyah, Imam Nu’aim Bin Humad Syaikul Bukhari berkata, Sesiapa menyerupakan ALLAH SWT dengan makhluqNya, maka KAFIRlah dia. Dan sesiapa yang menentang apa-apa yang telah disifatkan ALLAH kepada DiriNya atau menentang Sifat-Sifat TuhanNya yang telah ditentukan oelh RasulNya kepada Nya maka KAFIR lah dia. Tidak ad tasybih (penyamaan) dan tamthil (bandingan) kepada Sifat Sifat ALLAH tersebut.
Begitu Juga didalam Kitab Ittihaful Ka’inat dan Al Raudatun Nadiyyah dan Al-As’ilah. Mereka semua adalah Ulama Muktabar, Ilmu Islam mereka luas dan mendalam, tidak mungkin ulama ini bersalahan didalam tafsir dan huraian.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment