Sunday, February 13, 2011

Dalil hadith-PAS bukan pejuang untuk Islam


Salam kepada semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah

Sabda Rasullulah SAW didalam riwayat Bukhari Muslim;

‘Kebanyakan para syahid umatku adalah orang orang yang mencari nama, dan bertapa banyak terbunuh antara dua barisan, Allah sahaja yang mengetahui dengan niat masing-masing

Seorang pejuang fisabilillah harus berhati-hati menjaga niat dari riya’ yang membinasa dan ujub diri, pejuang fisabilillah kerana keredaan Allah SWT adalah terjauh daripada sifat sifat tersebut dan tidak mengharap nama, pangkat, kekuasaan dan kekayaan dunia.
Nukilan dari kitab Imam Habib Abdullah Haddad, An Nashaaih ad-Diniah wal washaaya yakni Nasihat Agama dan Wasiat Iman

Justru itu, apakah PAS melaung-laung sebagai pejuang Islam boleh di katogeri sebagai sifat pejuang Islam tulen? Tingkah laku mereka lebih kepada mengejar kekuasaan dan seterusnya mengumpul kekayaan dunia seperti terbukti di Kelantan, Selangor mahupun Kedah.

Peristiwa Memali pula pada pendapat saya mereka yang terkorban bukan merupakan para Syahid kerana PAS menentang pemerintahan yang dikuasai oleh orang Islam, manakala pula kerajaan tidak berlaku zalim dan aniaya keatas mereka, malahan semua rakyat bebas mengamalkan fahaman dan agama masing-masing tanpa halangan sedikitpun, walhal mendapat bantuan daripada kerajaan pula. Jadi, menurut akal yang waras, tidak mungkin mereka itu syahid melainkan kematian rakyat biasa yang mendapat hasutan pemimpin PAS. (Lihat Fatwa Kebangsaan Malaysia)

Jihad sebenar ialah melawan hawa nafsu seperti sabda Rasulluah berbunyi;

Kamu kembali dari jihad yang kecil untuk menhadapi jihad yang besar, iaitu jihad terhadap hawa-nafsu

Riwayat BukhariMuslim

Firman Allah SWT didalm hadith Qudsi berbunyi;

Ada setengah hambaKU yang memakai pakaian bulu kambing didepan orang ramai, akan tetapi hati mereka lebih pahit dari jadam, dan lidah mereka pula lebih manis dari madu, mereka mengelirukan orang ramai dengan AGAMA mereka. Apakah denga  AKU mereka cuba bermegah diri, ataupun terhadap AKU mereka memberanikan diri?! Demi diriKU, AKU bersumpah akan AKU turunkan suatu bencana ke atas mereka yang akan menyebabkan orang bijaksana terpinga pinga (Riwayat Ibnu Asakir)

Mari kita lihat scenario PAS lakukan sekarang, bukankah ada persamaan dimana mereka berselindungan jubah dan serban dengan hujah agama konon, walhal mereka memutuskan tali ukhwah, mengumpul kekayaan, menuduh saudara Muslim lain sebagai kafir (na’uzubillah), melakukan fitnah demi meraih undi, bercampul gaul menjadikan musuh Islam DAP sebagai teman dan pemimpin, budi pekerti penyokong yang keji dan biadap terhadap bukan penyokong PAS, pemimpin yang mengeluarkan fatwa sesat dan songsang, maka boleh dikatakan pemimpin PAS tertentu adalah mereka yang memakai pakaian bulu kambing (jubah dan serban) untuk menunjuk alim, sedangkan mereka menghina pakaian sunnah Nabi yang sesuai sahaja untuk mereka yang bertaqwa dan benar alim soleh.

Mari kita lihat lagi satu Firman ALLAH didalam hadith Qudsi riwayat Ibnu Khuzaimah;

AKU telah didustakan oelh HambaKU, padahal tidak sepantasnyalah dia mendustakan AKU

Bandingkan kenyataan sifat ALLAH yang dikatakan samseng ( Masyallah) oleh Nik Aziz, sedangkan ALLAH itu bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim, dan DIA adalah Maha Lemah Lembut (Al Lathif) terhadap hambaNYA tidak kira Muslim atau Kafir. Perhatikan dan huraikan Asmaul Husna yang berjumlah 99, tidak ada satupun menerangkan ALLAH itu samseng. Inilah kejahilan orang yang tidak mempunyai ilmu Usuluddin dan Awaluddin, tetapi berlagak alim didalam Ilmu Islam.

Wallahu’alam dan Wassalam

No comments:

Post a Comment