Salam kepada semua saudara yang mengucap dua kalimah syahadah
Terlebih dahulu , saya ucapkan selamat berjuang kepada penyokong UMNO demi Agama dan Bangsa
Jahiliyyah pada kata dasarnya adalah daripada perkataan jahil, bodoh, tidak berilmu terutama didalam pengetahuan Islam. Ianya diberi kepada kaum Quraish yang pada ketika itu menentang Nabi SAW pada permulaan Islam. Mereka memang jahil dengan Islam namun pada kebangkitan Islam perkataan jahiliyyah tidak lagi digunakan dan sebagai penganti ialah kaum kafirin (meliputi kaum Quraish, Arab dan sekitarnya)
Maka apabila Nik Aziz menggelar pada mereka yang tidak menyokong atau memberi undi kaum jahiliyyah, maka beliau sepatutnya tujukan kepada PKR yang memperjuangkan liberal dan pluralism (persamaan agama sesat lagi menyesatkan-lihat hujah mufti Perak Dato Seri Harussani) dan pada DAP kerana anti Islam, sememangnya jahil dengan Islam , sebagai contohnya lihat sahajalah ADUN dan AP DAP lakukan di Masjid masjid, membuktikan mereka sememangnya jahiliyyah atau sengaja provokasi orang Islam kerana kedayusan PAS terutama pemimpin mereka Nik Aziz , Hadi Awang, Harun Din dan yang lain lain.
Apabila menuduh UMNO tidak mahu menegakkan Islam, maka itu adalah suatu fitnah yang jelas kerana terbukti selama UMNO memerintah, Islam berkembang dengan pesat sehingga musuh Islam dan negara negara Islam seluruh dunia mengiktiraf Malaysia dan sudah tentunya melalui perjuangan UMNO dan juga tolenrasi barisan komponen BN yang lain, di samping tidak menekan hak agama lain.
Selalunya , mereka yang Ikhlas memperjuangkan Islam tidak perlu melaung laung menyalak nyalak sepertimana PAS lakukan. UMNO menegakkan Islam secara senyap dan berhati hati supaya tidak tercetus huru hara dan juga bersikap adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia.
UMNO telah banyak melakukan sesuatu yang gagal dilakukan oleh mana mana negara Islam tanpa bermegah dan melaung untuk kebangkitan Islam, cukuplah dengan buat kerja dan merancang sebagaimana telah kita lihat terbukti dan di iktiraf Dunia, malahan sistem kewangan Islam pula telah diguna-pakai oleh Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan semua negara Islam yang lain .
PAS pula sibuk untuk mencari cari keburukan UMNO, memfitnah, mengadu domba, mengumpat UMNO, memberi hujah palsu didalam hukum hukum Islam tetapi didalam pada masa yang sama makan hasil dengan kerajaan BN seperti calon PAS di Tenang, sudahlah masuk Maktab Perguruan dahulupun melalui pertolongan UMNO, inilah dikatakan munafiq dan hipokrit.
Kalau saudara mengikuti ceramah Harun Din contohnya, maka hujah hujah beliau boleh dikenakan batang hidung sendiri. Saya tidak memusuhi beliau, tetapi kesal dengan sikap kepura-puraan orang yang diberi Ilmu, lain sangat apabila mendapat peluang semasa sebelum masuk PAS
Nik Aziz juga perlu mengeluarkan hukum kepada suami Normala yang menipu MC, dan diharap Kementerian Pelajaran mengambil tindakan disiplin kerana menipu
Blog saya tidak berhajat menceritakan keburukan orang, hanya ingin mematahkan hujah hujah PAS yang sesat dan salah lagi putar belit.........
Mana fatwa keatas Anwar dan PKR
Mana fatwa kepada DAP anti Islam
Ingatlah, barang siapa memutuskan tali persaudaraan, mereka itu bukan golongan umat Muhammad
Wassallam
No comments:
Post a Comment