Monday, January 24, 2011

Seorang Muslim Sejati tidak akan mendoakan keburukan kepada Muslim yang lain

http://www.youtube.com/watch?v=pvvZ0dPKEFU&feature=player_embedded

Salam untuk semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah..........
Masyaallah, manakah akal PAS sehingga sanggup berbuat sesuatu yang haram dilakukan oleh seseorang yang mendakwa sebagai Muslim, jauh sekali PAS yang mendakwa sebuah Parti Islam?
Ingat Hadith Nabi SAW...Barang siapa yang mendoakan keburukan keatas seorang Muslim yang lain, dia bukan dari golongan Kami..........Bukhari Muslim
Sekiranya semasa ketika itu beriktikad membawa papan tanda doa tersebut bahawa yang didoakan itu kafir (doa tersebut adalah ditujukan kepada orang kafir....Subhanallah) orang UMNO maka, implikasinya ialah jika ahli dan penyokong UMNO itu mengucap Dua Kalimah Syahadah sepertimana ahli dan penyokong PAS, maka doa itu nescaya akan berbalik kepada mereka yang mendoakan. Seperkara lagi harus tahu secara langsung atau tidak langsung doa tersebut ialah dituju kepada kafi Quraish, malangnya sekiranya yang dituju doa itu adalah Muslim, maka secara tidak langsung tuduhan kafir akan terpalit kemuka mereka kembali......
Maka, mereka wajib taubat nasuha dan memohon maaf kepada sesiapa yang tertuduh, jika tidak, maka sia sialah amalan mereka selama ini, apabila di padang Masyar kelak takut takut kita berkumpul bersama kaum kafirin.........minta dijauhkan Tuhan

Selagi seseorang itu mengucap Dua Kalimah syahadah, mendirikan Solat dan meyakini hukum hukum Tuhan, maka jika sekiranya mereka melakukan maksiat , mereka hanyalah seorang fasiq namun tetap sebagai Muslim. Dosa seorang fasiq terampun sekiranya melakukan taubat dan memohon keampunan TUHAN (antara hamba dan TUHAN sahaja), tetapi dosa sesama manusia hanya akan terampun melalui permohonan maaf dari orang tersebut........amat susah dilakukan

Maka, perlulah berhati hati membuat tuduhan, apatah lagi melakukan sesuatu perbuatan secara langsung atau tidak langsung , mengiktikadkan orang lain adalah KAFIR, maka KAFIR itu akan terpalit kemuka sendiri...Hadith Rasullullah

Apakah tidak dayus dan hipokrit mereka berjuang bersama sama musuh orang orang Islam, yakni DAP, sejak zaman berzaman memang anti Melayu dan Islam....apakah hujah Quran dan Hadith, pampangkan kepada kami supaya sekiranya benar berjuang menghapuskan UMNO itu adalah perjuangan Islam yang di redhai TUHAN dan sememangnya adalah perentah TUHAN didalam Quran dan Hadith Nabi SAW, buktikan wahai PAS sekiranya anda dipihak yang benar dan di redhai TUHAN SWT
Kami mohon Harun Din , Ustaz Najamudin (bekas Imam Besar Masjid Negara) serta ulama ulama PAS (konon) keluarlah dari kedayusan dan kemunafikan kamu, berikan kami hujah hujah Quran dan Hadith....dua sumber yang ditinggalkan Nabi SAW......barangkali kami terlepas pandang, maka sekiranya hujah kamu itu benar, maka kami akan bertaubat nasuha................kami akan memperjuangkan Islam sebenar, tetapi melalui UMNO sahaja

Hujah Nik Aziz dan Hadi Awang tidak terpakai kerana kedayusan dan kemunafikan mereka, harus anda ketahui segala pendapat disini adalah diambil dari Harakah

Salam untuk semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Kita jumpa di Padang Masyar kelak......

1 comment:

  1. kenpa anta sgt ykin bhwa anta d pihak yng benar...
    shrusnya kita sma2 bermuhasabah diri...
    kita sehrusnya berhati2 dengn iman kita,dan ingatlh sesungguhnya tipu daya syaitan i2 menjdikn sesuatu prkra i2 nmpk indah pda pndangn kita.
    :)
    fikruhu....

    ReplyDelete