Secara ringkasnya, penulis mula belajar ilmu tajwid, feqah Imam Ash syafie, sifat dua puluh, awalluddin dan usuluddin semenjak berumur 6 tahun seperti mana anak anak melayu berugama Islam yang lain. Walaubagaimanapun, bermula umur 12 tahun penulis sudah bermula mempelajari Kitab Sifat 20 secara mendalam sehingga pecahannya dan huraiannya ratusan, tidak sepertimana sifat 20 yang dipelajari umum.
Huraian sifat 20 tersebut hanyasanya boleh dipelajari daripada ulama tasawwuf dan Ahli Sufi/Tarekat. Penulis mengamalkan tarekat Aliyyah (utama) dan Naksabandiyyah (ilmu hakikat dan makrifat). Oleh itu, penulis yakin dengan ilmu penulis untuk membezakan perbuatan syiriq, fahaman sesat lagi menyesatkan yakni terjauh menyimpang dari fahaman Imam Asysyafie (Bab Iktikaq seorang muslim sebagaimana Rasullullah SAW).
Dalam pada masa yang sama penulis juga khatam lima kitab Hadith dengan berguru (ramai) di Bukit Mertajam dan Ipoh, yakni Kitab Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nasie, Imam Tarmizi dan Sunnan Abu Dawud. Penulis juga khatam dengan berguru tafsir (Imam Besar Masjid Ipoh-bekas Pengarah JAIP, Sg Rambai, Padang Lalang dll) Kitah Tafsir Al Azhar, Kitab Imam Ghazali Ihya Ulumiddin, Kitab karangan Imam Nawawi, Imam Ash Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Sirrur Asrar, Kitab Ibnul Qayyim, Imam Habib Abdullah Haddad, Tanbihul Ghafillin dan banyak lagi.(Lihat Profil)
Didalam kontek blog ini, penulis hanya menyatakan kebenaran aqidah muslim yang lurus, iktikad yang benar lagi hakikat mengenai Zat , Sifat, Asma dan perbuatan ALLAH SWT menurut fahaman Imam Besar Asy syafie terutamanya. Punulis berguru juga dengan guru pondok Tok Kenali Kelantan (bab feqah dan solat) dan bab mengenali diri dengan Al Ustaz Mustapha Muhamad Al Jiasi.
Kesimpulannya, penulis merasakan dengan bekalan Ilmu yang sedikit ini, memadai membezakan fahaman sesat lagi meyesatkan, sifat fasiq, munafiq, dayus dan sebagainya yang diamalkan oleh ramai orang melayu terutama terserlah pada penyokong parti politik. Maka itu, berhati hatilah supaya kita tidak murtad disebabkan lintasan hati, percakapan atau perbuatan, kelak rugi apabila maut menjemput.
Maka sebagai contoh nyata, apabila Nik Aziz menyatakan dengan penuh kesedaran bahawa orang kafir boleh memakai nama ALLAH, maka menurut Imam Imam muktabar di dalam kitab karangan mereka, gugurlah iman. Malah para Muftipun menyatakan perkara yang sama. Jangan sesekali ALLAH disamakan dengan makhluq...n uzubillah.
Pengalaman penulis bertemu seseorang beberapa tahun yang dahulu (sebelum PKR, PAS dan DAP bergabung), orang itu telah berkata pada wajah Niz Aziz berkabus hitam meliputi seluruh muka beliau tidak dapat dengan jelas. Orang tersebut adalah kasyaf berada di Selangor.
Akhir kata, blog saya akan terus memperkatakan yang benar menurut Al Quran dan Hadith, supaya mudah mudahan membuka hati sesiapa yang membaca dari mana mana golonganpun.
Nota: Pondok di Padang Lalang dibuka oleh moyang penulis, juga di beberapa pondok di Kedah, Perak malah di Indonesia, manakala sebelah bapa penulis adalah berdarah Raja Tua Tanah Melayu sebelum Melaka, sezaman Kedah Tua, Gangga Negara di Perak dan kerajaan Perak Lama.
Bapa saudara penulis di Bukit Mertajam adalah guru pondok bertaraf Wali walaupun dinafikan beliau.
Wallahhu'alam
No comments:
Post a Comment