Saturday, January 22, 2011

PAS-Dimana Akhlaq Sebagai Muslim

Agak menjelekkan apabila melihat tringkah laku ahli PAS dan penyokong PAS di Tenang. Agak dikesalkan kerana mereka langsung tidak menunjukkan akhlaq sebagai seorang Islam, tingkah laku seperti dirasuk iblis lebih hodoh daripada bukan Islam. Apakah yang di sajikan didalam didikan keperibadian oleh pemimpin PAS. Bukan sedikit mereka mempunyai ulama seperti Harun Din contohnya, mengapa Harun Din tidak menegur anak buah supaya menjaga akhlaq seperti sekurang kurangnya seperti adab dan sopan santun orang melayu.

Didalam didikan akhlaq, Nik Aziz boleh ditolak ketepi kerana beliau tidak layak , walhal sifat TUHAN pun mahu disamakan dengan samseng. Harus diingat, sifat TUHAN tidak boleh disamakan dengan makhluq, lagipun, Nik Aziz bukan alim didalam bab akhlaq, awalluddin atau usulluddin, maka tidak hairanlah, beliau mencuba menunjukkan alim, sebaliknya lebih kepada kejahilan didalam bidang ilmu tertentu didalam Islam.

Semakin hairan, mengapakah Hadi Awang membisu mengenai tingkah laku ahli PAS dan penyokongnya. Tidak dayuskah Hadi Awang membiarkan keceluparan mulut dan kelakuan yang amat jijik sebahagian ahli dan penyokong PAS.

Lebih mengaibkan, ada juga dikalangan mereka dengan bangganya membawa bendera komunis DAP, parti cina anti Islam dan melayu. Mengapa sampai begitu sekali rendahnya akal diletakkan, bermusuh sesama Islam namun didalam masa yang sama, menjadi barua DAP.

Percayalah, DAP mustahil akan redha dengan Islam, terbukti di Pulau Pinang, PAS umpama boneka tidak berharga di permainkan DAP. Inikah parti Islam yang akan memperjuangkan Islam dan orang orang melayu. Kita mohon jangan menjadi dayus kepada kebenaran terpampang dihadapan mata kepada seluruh orang Islam di Malaysia, kerana PAS tidak ada surat jaminan dari TUHAN untuk dibuktikan dengan menyatakan pangkah PAS masuk syurga.

Didalam fahaman tasawwuf, barang siapa menganggap bahawa ibadah mereka boleh menjamin syurga adalah syirik kerana hanya RAHMAT TUHAN sahaja menentukan kedudukan kita di syurga. Ingatlah hadith NABI didalam Bukhari dan Muslim, NABI pernah bersabda bahawa nasib Bagindapun ditentukan oleh RAHMAT TUHAN bukan kerana amal ibadah Baginda, apatah lagi kita umat yang semakin jauh dari Baginda.

Justru, Baginda juga bersabda, pada akhir zaman, manusia menjual ugama untuk mendapat habuan dunia.
Hanya kembali kepada Al Quran dan Sunnah sahajalah kita akan selamat dunia dan akhirat, bukan melalui PAS yang ingin berkuasa melalui proses demokrasi yahudi untuk menegakkan Islam....MUSTAHIL


Salam untuk saudara yang mengucap Dua Kalimah Syahadah

No comments:

Post a Comment