Tuesday, January 25, 2011

PRK Tenang, Johor-Anak Anak PAS

Salam untuk semua yang mengucap dua kalimah syahadah.
Apabila melihat kesungguhan PAS membawa anak anak mereka ke kancah politik, cukup mengharukan hati saya. Semenjak kecil anak anak ini di didik dengan sikap kebencian dan bukan dengan sifat berkasih sayang sesama Muslim. Tidak salah malah memang hebat sehebat anak anak pejuang Palestin membawa senjata memerangi Yahudi laknatullah, namun pentasnya adalah salah kerana anak anak ini didedahkan dengan sifat kebencian membuta tuli seperti ibubapa mereka, dan wadah perjuangan mereka bukan menentang orang orang kafir, orang zalim dan mereka bukannya rakyat yang teraniaya oleh UMNO/BN. Anak ini di ajar menentang sesama Muslim walhal orang PAS hidup dengan aman dan bukan sedikit yang menjadi Jutawan ( itupun dengan pertolongan kerajaan BN), mereka bebas mendirikan solat, semua bangsa bebas beribadat dengan kepercayaan masing masing, sesiapapun tidak dianiaya melainkan mereka yang secara melampau melanggar peraturan atau boleh menyebabkan negara huru hara. Apabila negara kacau bilau, tempiasnya adalah semua rakyat bukan PAS dan UMNO sahaja.
Perjuangan PAS secara tulus adalah semata mata untuk berkuasa dan mengumpul kekayaan , bukan untuk perjuangan Islam seperti di dakwa mereka. Memanglah ada beberapa kalangan mereka itu Ulama Ulama, sayangnya, mereka memasuki PAS setelah kontrak dan habuan sudah tiada lagi boleh didapati. Setelah kehilangan pangkat dan kedudukan, maka PASlah yang dituju supaya seolah olah mereka ingin memperjuangkan Islam melalui PAS.
Sekiranya jujus dan ikhlas kerana Tuhan semata mata, Islam boleh diperjuangan dimana mana sahaja tanpa pangkat dan kedudukan seperti mana ramai pendakwah bebas diluar sana .
Mari kita lihat sikap orang orang munafiq seperti Sabda Rasullullah; bila berjanji dia mungkari, bila berkata dia berdusta dan bila diberi amanah dia khianati.........riwayat Bukhari Muslim
Wahai PAS, sekiranya kamu benar benar ingin mempertahankan dan memperjuangkan Islam dengan sebenar benar, silalah ke Palestin, Selatan Thai, selatan filipina, Afganistan, Iraq, Algeria dan banyak lagi negara dimana orang Islam dibunuh kejam.......pergilah kalau anda dipihak yang benar lagi gagah berani, pedulikan undang undang antarabangsa atau undang undang manusia, ikutilah suruhan Tuhan sepertimana FirmanNYA didalam Quran dan seruan Nabi kita SAW.....kalau anda PAS perjuangkan Islam, pergi berjuang berperang dengan orang orang kafir, anda pasti dapat Syahid.........seruan ini juga ditujukan kepada Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Din dan semua ulama ulama PAS yang enak duduk dirumah besar masing masing di negara aman damai Malaysia............sekiranya gagal, maka kamu semua memang dayus dan penakut....................

Nota: Apakah agaknya hukum fatwa PAS pada mereka mereka diluar Malaysia yang beragama Islam yang bukan ahli PAS, tidak memangkah undi PAS, bagaimanakah hukum apabila mereka wafat, kafirkah ?  Nik Aziz , Hadi Awang dan Harun Din kena jawab......

Wassallam

No comments:

Post a Comment