Saturday, January 22, 2011

NIK AZIZ KUFUR TERHADAP ALLAH TAALA DAN RASULULLAH

.
Nik Aziz sudah menjadi terlalu kufur terhadap Allah Taala dan RasulNya.

Nik Aziz berkata tidak adil Allah Taala jika Dia mengutamakan sesetengah bangsa dari bangsa yang lain, kerana berbangsa kepada satu bangsa itu bukan lah sesuatu yang boleh dipilih-pilih oleh manusia.

Oleh kerana ianya bukan pilihan manusia untuk lahir dalam sesuatu bangsa yang dia sukai atau gemari, maka pada Nik Aziz kesemua bangsa itu adalah sama.

Apa yang keluar dari mulut Nik Aziz ini memiliki sekurang-kurangnya tiga unsur yang amat berbahaya dan sesat lagi menyesatkan kerana jahat sangkanya beliau kepada Allah Taala.



Allah Tidak Adil ...

Nik Aziz cuba mentafsirkan satu perihal yang semata-mata hanya berada didalam ilmu Allah Taala yang hikmahnya pasti tidak akan dapat digarap dengan ilmu kemanusiaan beliau yang cukup sedikit itu.

Mengaitkan sifat adil atau zalimnya Allah Taala dengan peluang memilih untuk menjadi apa oleh makhlukNya atau hakikat kelebihan sesuatu bangsa adalah satu penafsiran yang bathil.

Ini adalah kerana Allah Taala, Yang Maha Adil, berkuasa berbuat mengikut apa yang dikehendakiNya dan tidak ada dari setiap sesuatupun dari perbuatanNya itu melainkan kesemuanya bersifat dengan kedudukannya yang adil seadil-adilnya.

Nik Aziz sendiri pernah berkata bahawa Bangsa Cina memiliki kelebihan dari Bangsa Melayu kerana kehebatan keusahawanan dan ketelitian mereka. Jadi, adakah Nik Aziz berpendirian bahawa Allah Taala tidak adil kerana melebihkan Cina dari Melayu di sudut itu ?

Inilah kebobrokan dan bahayanya bila Nik Aziz merasakan diri yang cetek ilmu, bodoh dan pendek akal itu dapat mengambilalih kesempurnaan ilmu Allah Taala.



Menyokong Pluralisme

Pandangan Nik Aziz ini amat serasi dengan pandangan hidup yang dibawa oleh kaum liberal plural ( pluralisme ) yang menyamakan Islam dengan agama-agama yang lain, yakni; sekalian kafir dan Mukmin itu adalah sama.

Jika ukuran keadilan Allah Taala itu berkait atau melibatkan dengan peluang pemilihan makhlukNya, maka makhluk manusiaNya itu juga telah tidak diberi pilihan untuk lahir di dalam lingkungan keluarga suatu bangsa yang kafir atau bangsa yang beriman.

Apakah dahulu Nik Aziz berpeluang untuk memilih untuk dilahirkan sebagai kafir atau Islam ?

Adakah manusia kafir nanti boleh berkata bahawa Allah tidak adil kerana memilih mereka untuk lahir sebagai kafir sehingga mereka dimasukkan ke dalam neraka kerana kelahiran mereka ?

Atas kesempitan pemikiran sebeginilah lahirnya fahaman pluralisme yang menyamakan kesemua agama kerana kepercayaan mereka bahawa manusia tiada pilihan untuk lahir kafir atau mukmin.



Menidakkan Keadilan Allah Taala

Nik Aziz Nik Mat sebenarnya melanggar Firman Allah Taala dan Sabda junjungan Rasulullah s.a.w. dengan pandangan sedemikian.

Kerana, Allah Taala berkehendak untuk melebihkan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lainnya dalam perihal-perihalnya yang tertentu yang tertakluk didalam kesempurnaan ilmuNya.

Dari sudut itulah dapat kita melihat natijah kepada kesempurnaan keadilan Allah Taala, jika kita mampu menggarapnya. Keadaan fizikal pun sudah berbeda, apa lagi nilai-nilai yang dibudayakan oleh sesuatu bangsa itu.

Cuma, penegasanNya kemudiannya, ialah; bangsa yang paling mulia di antara setiap bangsa yang memiliki kelebihan masing-masing itu yang sepatutnya saling kenal-mengenal adalah bangsa yang paling bertaqwa kepadaNya.

Rasulullah s.a.w. banyak membicarakan kelebihan-kelebihan bangsa-bangsa tertentu seperti Bangsa Rom, Bangsa Yaman, Bangsa Syam, Bangsa Parsi dan sebagainya di dalam riwayat-riwayat yang sohih. Keburukan bangsa-bangsa tertentu juga ada disebutkan.

Jika kesemua bangsa itu sama, masakan Allah Taala berkehendak membedakannya antara satu sama lain dan Rasulullah s.a.w. pula membicarakan kelebihan-kelebihannya dan keburukannya ?

Jadi, tidak adil kah Allah Taala dan Rasulullah s.a.w., jika kita mengikut persangkaan jahat yang dangkal dan sempit pembawaan Nik Aziz ini ?




Sinopsis

Nik Aziz sebenarnya dangkal pemikiran dan tidak mengenali bangsanya sehingga dia gagal mengenal kelebihan bangsanya sendiri berbanding bangsa-bangsa lain.

Bahkan, Nik Aziz suka pula memperkecil-kecilkan bangsanya sendiri yang menunjukkan masalah jangkitan penyakit inferioriti kompleks ( complex inferiority ) yang amat kronik.

Bahkan, dalamwaktu yang sama beliau boleh pula membanggakan bangsa yang lain yang dikira beliau sebagai memiliki kelebihan, sehingga Allah Taala dan RasulNya menjadi tidak adil, semata-mata atas sebab memancing undi.

Ini adalah kemunafiqan dan kekufuran nikmat yang nyata yang dimilik oleh manusia bernama Nik Aziz.

3 comments:

  1. SALAM G4UMNO ...

    HUJAH DAN ARTIKEL ANDA MANTAP. NAMPAKNYA SAUDARA MAHIR DALAM BAB AGAMA.

    KAMI SUDAH LINKKAN BLOG SAUDARA BERSAMA BLOG KAMI.

    ReplyDelete
  2. KAMU DAH CUKUP ILMU AGAMA KA? FITNAH LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH

    ReplyDelete
  3. Salam Karl,

    Blog Tuan telah saya linkkan bersama dengan blog saya. Wasalam.

    ReplyDelete