Salam kepada yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Baru baru ini di Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia malah di Harakah sekalipun, beberapa kenyataan daripada ulama (konon) PAS berkata mengikut Syariat, perlu diadakan 4 saksi adil sebelum menuduh seseorang melakukan maksiat atau zina, didalam hubungan perbuatan zina oleh anwar inbrahim didalam video yang masih hangat dan kecoh. Persoalannya, pertamanya ialah memang benar kita perlu mengadakan saksi adil (tidak fasik jauh sekali kufur) untuk menuduh dan membuktikan mengikut hukum Allah, tetapi mengapakah didalam soal anwar ibrahim malahan oleh orang-orang PAS, ditekankan keperluan 4 saksi adil, sementelahan tuduhan dan fitnah jahat PAS mahupun oleh PKR , tidak pula mahu menyebut atau menekan keperluan 4 saksi adil mengikut hukum syariat?
Itulah saya berani memperkatakan pemimpin dan ulama PAS adalah munafik lagi hipokrit, serta bersikap Talam Dua Muka. Tuduhan terhadap UMNO tidak pula disertakan 4 saksi adil, manakala tuduhan terhadap pembangkang perlukan pula 4 saksi adil kononya, inilah kehendah Allah.
Inilah sikap para munafiqin dan fasiqin, mempergunakan Islam demi kepentingan kelompok sendiri, sikap yang tidak ikhlas kerana Allah , dakwa PAS memperjuangkan Islam hanyalah penipuan dan kepura-puraan.
Barangkali ramai diantara orang Islam lupa akan Fatwa atau lebih dikenali Amanat Hadi, jika kita guna kayu ukur Fatwa hadi, maka, fatwa itu terpalit terludah kemuka mereka sendiri terutama tuanpunya Fatwa songsang, hadi awang, justru kerjasama PAS bersama DAP laknatullah adalah lebih dahsyat dan zalim kerana secara terang-terangan DAP adalah memusuhi Islam dan umatnya orang Melayu di Malaysia.
Sehingga sekarang, masih tiada seorangpun , tiada email berbalas saya ke PAS samada blog mereka, harakah mahupun harakahdaily, sebanya mudah, hujah saya gagal dipatah oleh mereka, kerana saya tidak sekalipun menggunakan hujah Al-Quran dan Hadith, cukuplah sekadar hujah akal yang waras dan sikap rasional.
Hampir semua rakan saya dari PAS diam membisu , mukapun tidak seceria seperti PRU 12, bukan main sombong dan angkuh mendakwa kemenangan adalah kerana Allah redha terhadap PAS yang fisabilillah, UMNO akan jahanam, hakikatnya UMNOlah lebih banyak jasa kepada Agama dan bangsa, juga negara.
PAS? PAS? Lebih menyalak dari anjing daripada kerbau yang membajak sawah bagi mengdatangkan hasil tanpa mengeluh berbanding dengan anjing menyalak bising apabila lapar.
No comments:
Post a Comment