Friday, February 18, 2011

Ulama Muktabar VS Nik Aziz/Pas


Ujub Diri-Perbandingan Dengan Ulama Dunia

Mari kita lihat Hadith Qudsi Riwayat Abus-Syaikh , Firman Tuhan bermaksud:-

Kalaulah tidak kerana berdosa itu adalah lebih baik bagi hambaKU yang mukmin daripada berijub (menyombong diri), niscaya AKU tidak akan membiarkan antara hambaKU yang mukmin dengan dosa

Imam Ghazali didalam Kitab Ihya Ulumiddin member huraian, dosa terbahagi kepada dua yakni dosa besar dan dosa kecil. Dosa besar gugur dengan dikenakan had keatas pelakunya seperti berzina, minum arak, membunuh tanpa haq dan sebagainya, manakala dosa kecil adalah dosa dosa antara hamba dan TUHAN, yang biasanya dengan Rahmat NYA diampunkan apabila seseorang itu bertaubat nasuha, khususnya apabila taubat itu dilakukan antara dua solat wajib

Kata putusnya, walaubagaimanapun semua bentuk dosa seharusnya dijauhkan seberapa kuat yang boleh oleh hambaNYA, namun doda ujub akan diri sendiri adalah sangat sangat ditegah oleh ALLAH SWT. Sekiranya semua dosa dosa kecil dan besar ditimbang, nescaya ianya lebih ringan daripada dosa ujub diri. Sifat sombong hanyalah layak bagi TUHAN sekelian ‘alam, yakni ALLAH SWT yang mencipta segala sesuatu daripada tiada kepada ada, semuanya isi ‘alam adalah hak kepunyaaan NYA dan dibawah KekuasaanNYA, selayaknya lah bagi ALLAH SWT

Salah satu  zahir sifat ujub adalah tidak menerima kebenaran walaupun kebenaran itu adalah benar disisi TUHAN, angkuh dengan Ilmu Agama sehingga menyalahkan-guna Imu yang TUHAN anugerahhan kepada mereka malahan dengan Ilmu itu, memperbodohkan dan menyesatkan orang awam demi kepentingan sendiri.

Hadith Qudsi Riwayat Tammam, berkata Anas Bin Malik r.a., telah bersabda Rasullullah SAW:-

ALLAH berfirman Demi KemuliaanKU dan KebesaranKU dan RahmatKU, tidak sesekali akan KUbiarkan seorangpun yang mengucap Laa-i-la-ha-illallah didalam Neraka.

Perhatikan akan perbuatan PAS dan penyokongnya mendoakan keburukan kepada UMNO dan penyokongnya, apakah doa mereka diterima ALLAH supaya UMNO dan penyokong ditimpa bala sedangkan ALLAH telah bersumpah haq dengan sifat sifatNYA bahawa barangsiapa mengucap kalimah LAILAHAILLALLAH akan mandapat kesejahteraan Dunia dan Akhirat.  Maka orang UMNO dan penyokong jangan ambil hati akan perbuatan PAS dan penyokong kerana itu sebenar perbuatan orang jahil (Jahiliyyah) lagi bodoh-sombong.

Sebuah lagi hadith nabi dari Muaz Bin Jabal, berkata rasullulah bahawa sesiapa mengucap LAILAHAILLALLAH , wajib masuk syurga, namun oleh kerana dosa kita yang banyak, maka kita akan dibersihkan dahulu didalam Api Neraka

2 comments:

  1. Salam,

    Dalam parti Pas tidak ada guru agama. Yang ada hanyalah ustaz politik.

    Mereka menjadikan agama Islam itu sebahagian daripada politik, bukan politik itu sebahagian daripada agama.

    Kehadiran mereka adalah untuk berpolitik dengan memperalatkan agama Islam.

    ReplyDelete